Makanan Eksotik Harga Kayangan Di Sarawak, Kenali ‘Ulat Lameh’ Yang Berharga RM 600 Untuk 1 KG

25 Feb 2023 • 3:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ulat Lameh makanan eksotik di Sarawak.

Makanan Eksotik Harga Kayangan Di Sarawak, Kenali ‘Ulat Lameh’ Yang Berharga RM 600 Untuk 1 KG. Pasti ramai yang sudah mengatahui tentang ulat mulong, namun tahukah anda terdapat satu lagi jenis ulat yang menjadi makanan eksotik kegemaran kaum Melanau di Sarawak.

Sebuah perkongsian di Facebook ini telah mendapat perhatian ramai setelah memuat naik gambar ulat Lelamas atau ulat Lameh yang ditemui di tepi jalan di Dalat, Sarawak.

image is not available
Makanan Eksotik Harga Kayangan Di Sarawak, Ketahui ‘Ulat Lameh’ Yang Boleh Cecah RM 600 Sekilo. Sumber foto: Facebook Jess Ica

Boleh didapati di Dalat dan Mukah

Untuk pengetahuan, Ulat Lameh ini merupakan salah satu makanan eksotik masyarakat di Sarawak terutamanya bagi kaum Melanau dan ia boleh ditemui di Sg Kut, Dalat.

Ulat Lameh ini merupakan ulat liar yang mempunyai cankerang hitam berkilat dan amat jarang didapati di pasaran.

Ulat Lameh ini dimakan dengan cara digoreng atau boleh dimakan bersama sagu. Rasanya pula berlemak dan habitatnya pula pada daun pokok Nyatoh yang hanya boleh ditemui di kawasan Dalat dan juga Mukah Sarawak.

image is not available
Sumber foto: Facebook Jess Ica

Sukar didapati membuatkan harganya mencecah ratusan sekilo

Oleh kerana ia amat sukar dicari, harganya boleh mencecah sehingga RM 600 sekilo membuatkannya antara makanan eksotik paling mahal yang boleh didapati di Sarawak.

Penemuan ulat Lameh di tepi jalan ini amatlah mengejutkan kerana ulat ini bukan sahaja mempunyai harga yang mahal, malah ia juga merupakan spesis ulat yang sukar didapati.

Lagi makanan eksotik yang ada di Sarawak: