Siapa je tak suka makeup yang tahan lama?
Keluar pagi, kita mestilah nak foundation masih elok sampai petang, eyeliner tak comot walaupun berpeluh dan lipstick kekal cantik lepas makan. Lagi-lagi sekarang memang banyak produk makeup yang waterproof dan long-lasting.
AdvertisementTapi semakin ‘degil’ makeup nak stay dekat muka, semakin mencabar juga part nak tanggalkan semuanya bila dah balik rumah.
Kadang-kadang tengok dekat cermin macam dah bersih. Sekali lap lagi dengan kapas, eh masih ada kesan foundation. Dekat mata pula, mascara dan eyeliner waterproof memang boleh buat kita ulang lap beberapa kali.
Bila dah penat, memang mudah rasa, “Okaylah, bersih kot ni.”
Tapi sisa makeup yang tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan kulit rasa kurang bersih dan berpotensi menyumbang kepada pori tersumbat. Sebab tu proses membersihkan makeup sebenarnya sama penting dengan skincare yang kita pakai selepas itu.
Lecehnya Nak Kena Lap Banyak Kali!

Bagi yang memang biasa menggunakan micellar water, mungkin korang dah terbiasa dengan rutin tuang pada kapas, lap muka dan ulang sampai rasa semuanya dah bersih.
Tak ada masalah kalau rutin itu sesuai dengan korang. Tapi bila berdepan dengan makeup waterproof atau long-lasting, kadang-kadang kita cuma nak sesuatu yang boleh buat kerja dengan lebih cepat.
Lebih-lebih lagi selepas seharian dekat luar.
Sebab itulah Bioré Flash Clear Oil menarik perhatian kami kerana ia direka untuk menanggalkan makeup dengan pantas, termasuk makeup jenis waterproof dan long-lasting.
‘Float Off’ Makeup Tanpa Perlu Double Cleansing

Rahsianya terletak pada Magic Float Off Technology yang membantu mengangkat makeup daripada kulit dengan cepat.
Kalau korang nak tahu, Flash Clear Oil mempunyai keupayaan pembersihan yang pantas dan tinggi untuk menanggalkan makeup waterproof serta long-lasting tanpa memerlukan double cleansing.
Maksudnya, tak perlu lagi buat proses pembersihan berlapis-lapis semata-mata nak pastikan makeup tanggal.
Walaupun ia merupakan cleansing oil, korang juga tak perlu risau dengan rasa berminyak yang melekat pada muka selepas digunakan kerana formulanya direka untuk memberikan zero stickiness feeling.

Menariknya, formula Flash Clear Oil turut mengandungi beberapa bahan dengan manfaat penjagaan kulit. Antaranya CICA Extract yang membantu menjaga dan menenangkan kulit, Camellia Oil untuk membantu kulit kekal terasa lembut dan lembap serta Rosemary Extract yang membantu menjaga kulit dengan sifat antioksidan.
Jadi bukan sekadar nak pastikan makeup betul-betul tanggal, aspek penjagaan kulit turut diberikan perhatian dalam formulanya.
Kiranya balik kerja atau lepas keluar seharian, part remove makeup tu tak perlu rasa macam satu lagi ‘tugasan’ yang panjang.
Nak Test Sendiri Baru Percaya? Sekarang RM1 Je Dekat Watsons

Tapi… betul ke makeup remover ni berkesan? Apa kata korang cuba sendiri!
Untuk masa terhad, korang boleh dapatkan Bioré Flash Clear Oil 50ml dengan hanya RM1 menerusi promosi eksklusif di Watsons.
Ya, RM1 je.
Dengan harga tu, bolehlah test sendiri menggunakan makeup waterproof atau long-lasting yang korang selalu pakai dan tengok sendiri macam mana ia sesuai dengan rutin korang.
Promosi ini boleh didapati di Watsons in-store dari 27 Ogos hingga 23 September 2026 di Semenanjung Malaysia, manakala untuk Sabah dan Sarawak, promosi berlangsung dari 3 hingga 30 September 2026, sementara stok masih ada.
Jadi kalau kebetulan masuk Watsons dalam tempoh ni, jangan terus bayar dan jalan. Tengok dekat bahagian cashier dulu.
Lagipun dengan harga RM1, ini peluang untuk cuba dahulu sebelum decide sama ada nak masukkan produk tersebut dalam rutin harian korang. Untuk pengetahuan promosi RM1 ni hanya terpakai untuk Bioré Flash Clear Oil 50ml di Watsons in-store.
*Sah dari 27/8/2026 hingga 23/9/2026 di Semenanjung Malaysia dan 3/9/2026 hingga 30/9/2026 di Sabah dan Sarawak, sementara stok masih ada.
Beli Bioré Pun Berpeluang Menang Hadiah!

Kalau dah bercadang nak restock produk Bioré, ada satu lagi benda yang korang mungkin nak tahu.
Sepanjang 2 September hingga 3 November 2026, Bioré turut mengadakan peraduan BUY & WIN with Bioré dengan hadiah bernilai sehingga RM7,000 untuk dimenangi.
Caranya, korang hanya perlu berbelanja minimum RM35 untuk produk Bioré bagi mendapatkan penyertaan.
Lebih menarik, kalau pembelian tersebut termasuk Bioré Flash Clear Oil Makeup Remover, korang akan menerima dua penyertaan.
Selepas membeli, WhatsApp resit pembelian, nama dan nombor NRIC ke +60 19-308 6046 untuk menyertai peraduan.
Jadi kalau memang dah nak beli produk Bioré sepanjang tempoh tersebut, bolehlah submit sekali penyertaan. Mana tahu ada rezeki bawa balik hadiah.
Maklumat lanjut tentang produk Bioré ikut mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
The post Makeup Waterproof Susah Nak Tanggal? RM1 Je Dah Boleh Try ‘Shortcut’ Ni Dekat Watsons first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






