Makin Rare, Tiada Lagi 'MOHD' Pada Nama Anak

LocalFamily & Parenting
5 May 2026 • 5:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Makin Rare, Tiada Lagi 'MOHD' Pada Nama Anak

Makin Rare, Tiada Lagi 'MOHD' Pada Nama Anak

Perasan atau tidak? kebanyakan nama anak-anak zaman sekarang dah jauh beza dengan dulu.

Kalau dulu, sebut saja nama 'MOHD', satu kelas boleh angkat tangan.

Tapi sedar tak sedar, nama keramat ni makin lama makin 'rare' pula kita nampak dekat sijil kelahiran.

Mana perginya semua 'MOHD'? Adakah sudah digantikan dengan nama yang lebih moden atau unik?

Perlu Dieja Penuh

Baru-baru ini menerusi hantaran di laman Threads rasmi Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang, memberitahu bahawa mana-mana ibu bapa tidak lagi dibenarkan mendaftarkan nama anak mereka menggunakan singkatan ‘MOHD’.

Difahamkan, inisiatif ini bagi memastikan ketepatan ejaan bagi generasi baharu dengan menggunakan ejaan penuh.

"Nama yang tiada dah pada anak-anak sekarang ialah MOHD. Nama tersebut perlu ditulis penuh Mohamad, Muhamad atau Muhammad," tulis hantaran itu.

Image from: Makin Rare, Tiada Lagi 'MOHD' Pada Nama Anak

Selain MOHD, MD, MHD, ABD dan nama singkatan lain juga tidak boleh didaftarkan.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi, termasuk mereka yang memiliki nama singkatan tersebut di dalam Kad Pengenalan (IC) masing-masing.

Malah ada yang mengakui bahawa nama dalam ejaan penuh adalah lebih baik meskipun dia tergolong dalam generasi yang menggunakan singkatan berkenaan.

Baca juga:

"Saya generasi yang di IC bernama MOHD. Tapi memang lebih indah kalau ditulis penuh Muhammad," kongsi seorang pengguna.

"Sedar tak sedar ,nama yang ada Mohd ini melambangkan identiti Malaysia yang ketara, tiada di dunia melainkan Malaysia. Aku yang salah satu nama yang ada Mohd ini," tulis seorang lagi.

"Mohd itu wujud sebab singkatan Muhammad dalam tulisan Jawi (Mim-Ha-Mim-Dal)," kongsi seorang lagi.