Tiada Lagi Ejaan ‘Mohd’, JPN Jelaskan Peraturan Baharu Daftar Nama Anak

5 May 2026 • 5:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ibu bapa kini tidak lagi dibenarkan menggunakan singkatan ‘Mohd’ ketika mendaftarkan nama anak, sebaliknya perlu menulis ejaan penuh seperti Mohamad, Muhamad atau Muhammad.

Peraturan baru daftar nama anak

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang di platform media sosial.

“Nama yang tiada dah pada anak-anak sekarang ialah Mohd. Nama tersebut perlu ditulis penuh Mohamad, Muhamad atau Muhammad,” tulisnya.

Image from: Tiada Lagi Ejaan ‘Mohd’, JPN Jelaskan Peraturan Baharu Daftar Nama Anak

Beberapa lagi singkatan tidak dibenarkan

Dalam pada itu, JPNPP juga menyatakan selain nama Mohd, singkatan seperti MD, MHD, ABD dan seumpanya juga tidak boleh didaftarkan lagi selepas ini.

Image from: Tiada Lagi Ejaan ‘Mohd’, JPN Jelaskan Peraturan Baharu Daftar Nama Anak

Langkah ini dilihat bertujuan memastikan ketepatan ejaan dalam dokumen rasmi bagi generasi baharu, selain mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan. P

ada masa sama, perubahan tersebut turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai, khususnya mereka yang masih menggunakan singkatan itu pada kad pengenalan masing-masing.

Sumber: Thread jpnppofficial

The post Tiada Lagi Ejaan ‘Mohd’, JPN Jelaskan Peraturan Baharu Daftar Nama Anak appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved