“Maknanya Laporan Tu Sah!” – Tular Laporan Perubatan Aisyah Hijanah Dipukul, Pihak Klinik Keluarkan Kenyataan Rasmi

30 Nov 2023 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, adik kepada Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam memuat naik laporan perubatan kakak di Instagram Story yang didakwa daripada sebuah klinik swasta.

Dapat dilihat laporan berkenaan tertulis bahawa Aisyah dikasari oleh Alif Teega disebabkan oleh orang ketiga iaitu isteri kedua lelaki terbabit.

Terbaru, Amirul memuat naik semula kenyataan yang dibuat oleh klinik swasta tersebut menyatakan bukan pihak mereka yang menyebarkan laporan perubatan itu.

Ia kerana pihak mereka sangat menjaga dan memandang serius mengenai data pesakit dan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata netizen menganggap laporan itu benar cumanya bukan pihak klinik yang menularkannya.

image is not available

image is not available

image is not available 21 hours ago

"Rentap Tangan, Tampar Dan Tolak Ke Lantai" - Individu Dedah Laporan Perubatan Aisyah Hijanah, Alami Kecederaan Akibat Dipukul Alif Teega