Malacca Securities: Kenaikan 45% pinjaman pajak gadai Well Chip imbangi kejatuhan jualan barang kemas

Business & Finance
11 Aug 2026 • 2:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malacca Securities: Kenaikan 45% pinjaman pajak gadai Well Chip imbangi kejatuhan jualan barang kemas Image from: Malacca Securities: Kenaikan 45% pinjaman pajak gadai Well Chip imbangi kejatuhan jualan barang kemas amree11/08/2026 - 14:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Lonjakan hasil perniagaan pajak gadai Well Chip Group Berhad sebanyak 45% kepada RM42 juta berjaya mengimbangi kejatuhan 20% jualan barang kemas dan emas kepada RM30 juta.

 

Menurut Malacca Securities, pertumbuhan kukuh perniagaan itu pada 2QFY26, disokong peningkatan pemberian pinjaman, menjadi pemacu utama kumpulan meskipun jumlah jualan emas sekerap terjejas.

 

Bagi suku itu, keuntungan bersih meningkat 18% kepada RM23.9 juta, walaupun susut 14.2% berbanding suku sebelumnya, manakala hasil kumpulan bertambah 8.7% tahun ke tahun (YoY) kepada RM71.6 juta.

 

"Penurunan ini mencerminkan prestasi jualan barang kemas dan emas lebih rendah, menyebabkan margin untung kasar menyederhana kepada 60.7% daripada 65.7% dicatatkan Well Chip pada 1QFY26," katanya.

 

Bagaimanapun ujar Malacca Securities, margin tersebut masih jauh lebih tinggi berbanding 56.5% pada 2QFY25, menunjukkan kekuatan perniagaan pajak gadai dalam menyokong keuntungan kumpulan itu.

 

Bagi tempoh enam bulan pertama, pendapatan naik 17.3% kepada RM147.7 juta, didorong lonjakan 49.4% pajak gadai kepada RM84.3 juta, mengatasi penurunan 8.8% hasil barang kemas dan emas RM63.3 juta.

 

Well Chip_DagangNews2026

 

Untung bersih teras Well Chip bagi 1HFY26 turut meningkat kepada RM51.8 juta, manakala keuntungan sebelum cukai (PBT) naik kepada RM71.8 juta dengan margin bertambah baik kepada 48.6% daripada 42%.

 

"Kami menjangka momentum jangka panjang terus disokong pengembangan rangkaian yang kini ada 27 kedai pajak gadai serta lima cawangan jualan barang kemas dan emas," kata Malacca Securities.

 

Kumpulan juga memperoleh kelulusan bersyarat bagi 12 kedai pajak gadai baharu di Johor dan Melaka, dengan enam cawangan dibiayai hasil tawaran awam permulaan (IPO) yang belum lagi digunakan.

 

Baki menerusi cadangan terbitan hak sehingga 120 juta saham baharu sudah menerima kelulusan Bursa Malaysia pada Julai 2026 namun berpotensi mencairkan pegangan pemegang saham Well Chip sendiri.

 

Justeru, Malacca Securities mengekalkan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) RM2.07, berdasarkan 2.0 kali nilai buku pada FY27, disokong pulangan atas ekuiti kukuh, dan permintaan tinggi pajak gadai

 

"Namun ada risiko termasuk kejatuhan harga emas, kelulusan cawangan lebih perlahan, peningkatan hutang atau pencairan, kemerosotan kualiti aset, persaingan dan risiko kawal selia," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved