Malakoff umum perubahan lembaga pengarah, pengurusan kanan

LocalBusiness & Finance
21 Oct 2026 • 7:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malakoff umum perubahan lembaga pengarah, pengurusan kanan

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) hari ini mengumumkan beberapa perubahan melibatkan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan syarikat.

Aznita Abdul Aziz dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Malakoff berkuat kuasa 21 Oktober 2026, membawa pengalaman kira-kira 26 tahun dalam industri minyak dan gas terutamanya bersama Kumpulan Syarikat Petronas yang merangkumi bidang pengurusan risiko, perancangan strategik, pengurusan portfolio, operasi perbendaharaan dan penilaian ekonomi.

Beliau kini merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Steel Hawk Berhad, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan serta ahli Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko dan Jawatankuasa Imbuhan, selain turut menganggotai Lembaga Gabenor Universiti Antarabangsa Albukhary dan merupakan ahli Institut Pengarah Korporat Malaysia.

Aznita memegang Ijazah Sarjana Ekonomi dan Kewangan serta Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Perakaunan dari University of Bristol, United Kingdom.

Selain itu, Malakoff turut melantik Timbalan Ketua Pegawai Kewangan, Nurshazwani Abd Malek sebagai Pemangku Ketua Pegawai Kewangan berkuat kuasa 1 Disember 2026.

Beliau akan memegang peranan tersebut secara sementara susulan peletakan jawatan Mohd. Nazersham Mansor sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada 30 November 2026 untuk mengejar peluang kerjaya yang baharu.

Mengulas mengenai perubahan ini, Pengerusi Malakoff, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pihaknya berbesar hati mengalu alukan kehadiran Aznita ke Lembaga Pengarah Malakoff.

“Kepakaran serta pandangan beliau akan memperkukuh lagi Lembaga Pengarah tatkala kami terus melangkah meneroka pelbagai peluang dan menggalas tanggungjawab sebagai pengeluar tenaga bebas terbesar di Malaysia.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd. Nazersham atas khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang bersama Malakoff. Kami mendoakan yang terbaik buat beliau dalam perancangan kerjaya pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

The post Malakoff umum perubahan lembaga pengarah, pengurusan kanan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved