Malam je gatal?

Health & Fitness
24 Aug 2026 • 4:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Malam je gatal?
Gambar: Public Health M'sia

MALAM JE GATAL?

Siang hari macam biasa.

Masuk malam, mula menggaru.

Pergelangan tangan gatal.

Celah jari gatal.

Pinggang gatal.

Kadang sampai tak boleh tidur.

Jangan terus anggap nyamuk atau kulit kering.

Gatal yang menjadi jauh lebih teruk pada waktu malam adalah salah satu petunjuk klasik scabies atau kudis buta.

Scabies berlaku apabila hama kecil Sarcoptes scabiei masuk ke lapisan kulit dan mencetuskan tindak balas alahan.

Antara kawasan yang biasa terlibat:

• celah jari

• pergelangan tangan

• siku dan ketiak

• sekitar pusat dan pinggang

• punggung

• kawasan kemaluan

Kadang-kadang kelihatan bintik merah kecil atau garisan halus seperti terowong pada kulit.

Satu lagi petunjuk penting ialah apabila pasangan, anak atau orang serumah mula mengadu gatal yang sama.

Tetapi gatal waktu malam sahaja tidak semestinya scabies.

Bed bug, ekzema, kulit kering dan gigitan serangga lain juga boleh menyebabkan kegatalan.

Jika gatal berlarutan, merebak atau ahli rumah mula mengalami simptom yang sama, dapatkan pemeriksaan.

Kalau benar scabies, bukan seorang sahaja yang perlu dirawat.

Kontak rapat juga perlu dinilai dan dirawat serentak supaya jangkitan tidak berpusing-pusing dalam rumah.

Malam-malam asyik menggaru bukan perkara yang patut dibiasakan.

Public Health Malaysia


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved