![“Malam Tadi Dia Baik Sahaja”- Tun M Akui Tak Sangka Tun Hasmah Meninggal Dunia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Tun-M-tak-sangka-Tun-Hasmah-Meninggal-Dunia.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam 29 September, Malaysia dikejutkan dengan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali atau nama sebenarnya Tun Hasmah yang meninggal dunia pada 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN).
Tun M akui tak sangka Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia kerana dalam keadaan baik pada hari sebelumnya
Terbaharu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi satu video yang dikongsikan di media sosialnya meluahkan beliau tidak sangka isterinya meninggal dunia pada Isnin.
Ini kerana arwah kelihatan dalam keadaan yang baik pada malam sebelumnya.
Perkara itu diluahkan oleh Dr Mahathir sewaktu Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menziarahinya untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Tun Hasmah.
“Saya tak sangka dia (Tun Hasmah) meninggal dunia hari ini (28 September). Dia kelihatan dalam keadaan baik pada malam tadi,” ujarnya.
Turut zahirkan penghargaan kepada Sultan Pahang dan Tengku Ampuan kerana menziarahinya & beri penghormatan terakhir kepada Tun Hasmah
Sultan Pahang turut diiringi bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kesudian Sultan Pahang mencemar duli untuk menziarahinya dan memberikan penghormatan terakhir kepada Tun Hasmah yang datang daripada Pahang.
Marina sifatkan keadaan Tun Dr Mahathir sihat tetapi kesunyian
Dalam pada itu anak perempuan kepada Dr Mahathir, Datuk Marina turut memaklumkan keadaan tokoh negarawan itu dalam keadaan sihat namun berdepan rasa sunyi kerana kehilangan teman hidup.
“Tun Dr Mahathir sihat tetapi dia berdepan rasa kesunyian kerana kehilangan teman hidup yang bersamanya selama kira-kira 70 tahun,” ujarnya, lapor Berita Harian.
Ahli keluarga cuba temani Tun Dr Mahathir, Marina sifatkan bapanya rasa kesunyian selepas kehilangan isteri tercinta
Menurutnya, Tun Dr Mahathir masih lagi bersedih dengan pemergian isteri tercintanya. Oleh itu, ahli keluarga cuba menemani beliau sebanyak yang boleh.
“Memang ayah sedih. Ini partner (pasangannya) selama 70 tahun. Dia cuma rasa kesunyian.
“Jadi kami semua cuba menemani dia sebanyak yang boleh, siang dan malam.”
Marina memaklumkan perkara itu sewaktu ditemui oleh media ketika hadir menziarahi pusara Allahyarhamah di Pusat Negara, Presint 20 pada jam 10.40 pagi hari ini (29 September).
Ahli keluarga bergilir-gilir temani Tun Dr Mahathir
Tambah Marina lagi, ahli keluarga termasuklah adik-beradik serta anak (cucu) mereka secara bergilir-gilir menemani Tun Dr Mahathir untuk memastikan beliau tidak bersendirian.
“Dia rasa sangat keseorangan sekarang, macam mana tidak sedih, ini pasangan dia selama 70 tahun,” ujarnya.
Bahkan Marina memaklumkan kehilangan Tun Hasmah turut dirasai oleh seluruh keluarga yang sudah terbiasa melihat serta bersama dengan arwah di rumah.
“Kami semua rindukan ibu, kami sudah biasa melihatnya di rumah, tetapi sekarang susah nak percaya dia sudah tiada.”
Hargai orang ramai yang hadir beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Tun Hasmah
Marina dalam masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham termasuklah mereka yang hadir di masjid serta pusara semalam (28 September).
“Saya berterima kasih kepada semua yang datang ke masjid dan ke tanah perkuburan semalam, malah hari ini pun masih ramai yang datang.
“Saya juga menerima beratus-ratus mesej di aplikasi WhatsApp dan tidak terdaya untuk menjawab semuanya buat masa ini.
“Tetapi saya dan seluruh keluarga amat terharu dengan semua mesej serta penghormatan yang diberikan kepada arwah ibu,” jelasnya lagi.
Tersentuh apabila ramai anggap Tun Hasmah seperti ibu sendiri
Apa yang lebih menyentuh hati mereka sekeluarga apabila ramai yang menganggap Tun Hasmah seperti ibu mereka sendiri.
“Ada yang saya kenal dan ada yang tidak, tetapi mereka memberikan penghormatan kepada ibu kerana mereka anggap ibu saya sebagai ibu mereka juga.”
Marina turut memaklumkan Tun Dr Mahathir masih menerima kunjuungan tetapi jumlah tetamu perlu dikawal.
Beliau berkata begitu selepas disoal adakan Tun Dr Mahathir mengasingkan diri daripada menerima kunjungan.
“Ayah boleh menerima kunjungan, tetapi kena kawal sedikit. Tidak boleh terlalu ramai pada satu-satu masa,” jelasnya.






