Malaysia Ada Minyak Sendiri, Kenapa Masih Terjejas? Ini Penjelasan Petronas

LocalBusiness & Finance
31 Mar 2026 • 10:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Malaysia Ada Minyak Sendiri, Kenapa Masih Terjejas? Ini Penjelasan Petronas

Ekonomi dunia pada ketika ini berada dalam keadaan yang tidak menentu ekoran konflik di Asia Barat yang masih berlarutan sejak 28 Februari lalu.

Masih tiada tanda-tanda untuk tamat, negara-negara yang bergantung kepada bekalan tenaga import sangat terkesan. Malaysia tidak terkecuali terkena tempiasnya.

Mungkin ada yang pelik dan tertanya-tanya mengapa Malaysia juga terjejas, sedangkan kita merupakan negara pengeluar minyak.

image is not available
Kredit: Bernama

Berikutan kekeliruan ini, Petronas tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa Malaysia turut terkesan.

Menurutnya, konflik di Asia Barat telah menganggu rantaian bekalan minyak global termasuk pengangkutan dan penghantaran.

Laluan perkapalan utama di Selat Hormuz pula berada di bawah sekatan.

Impaknya, bekalan minyak mentah dan bahan api tidak dapat dihantar ke pasaran seperti biasa.

Sejak krisis tersebut bermula, harga minyak mentah telah meningkat hampir 40 peratus dan kos perkapalan, insurans serta logistik penghantaran turut melonjak.

Bagaimana Malaysia Terjejas?

Malaysia memang mempunyai minyak sendiri, tetapi kita tidak terlepas sepenuhnya daripada kesan krisis ini kerana lebih separuh daripada minyak mentah yang diproses di kilang penapisan kita perlu diimport.

Hal ini kerana pengeluaran domestik tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bahan api negara, maklum Petronas.

Hampir 40 peratus daripada import sumber minyak mentah tersebut datang melalui Selat Hormuz, iaitu laluan yang kini terjejas.

Baca juga:

Manakala 7 peratus datang dari Asia Tenggara, Afrika Barat dan Asia Barat.

Menerusi infografik yang dikongsikan Petronas, 48 peratus bekalan produk tapisan petroleum seluruh negara dikeluarkan oleh Petronas, manakala 52 peratus lagi dari syarikat minyak lain di Malaysia.

Apabila bekalan terganggu, petrol, diesel, LPG dan bahan api pesawat menerima impaknya.

image is not available
Kredit: Petronas

Susulan keadaan ini, Petronas berkata pihaknya telah mengambil langkah proaktif untuk menjaga bekalan bahan api negara.

Ketika ini rantaian bekalan di stesen Petronas dijangka mencukupi sehingga hujung Mei 2026.

Harga bahan api pula kekal di bawah kawal selia kerajaan. Malah, subsidi RON95 dan diesel masih berkuat kuasa.

"Teruskan penuhi keperluan harian dan gunakan bekalan dengan bijak dan cermat," kata Petronas.

Semoga penjelasan ini memberi sedikit pencerahan mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa negara kita turut terkesan.