Malaysia Airlines dan Atout France, jalin kerjasama strategik tingkatkan pelancongan ke Perancis

LocalTravel
28 Apr 2025 • 4:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malaysia Airlines dan Atout France, jalin kerjasama strategik tingkatkan pelancongan ke Perancis

image is not available

28/04/2025 - 16:26

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 28 April - Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Atout France telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik selama tiga tahun untuk meningkatkan promosi pelancongan ke Paris melalui rangkaian global Malaysia Airlines.

Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 20 April 2025 itu bertujuan memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak, dengan Malaysia Airlines yang mempunyai rangkaian global luas dan Atout France yang pakar dalam mempromosikan pelancongan Perancis, untuk menarik lebih ramai pelancong ke Perancis.

Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group, Dersenish Aresandiran berkata, mereka teruja bekerjasama dengan Atout France untuk mempromosikan perjalanan ke Perancis.

"Dengan memanfaatkan rangkaian global kami yang luas dan hospitaliti Malaysia yang terkenal, serta kepakaran Atout France dalam mempromosika budaya Perancis, ia bertujuan menyediakan perjalanan yang lancar dan pengalaman menarik kepada pelancong.

"Kerjasama ini menunjukkan komitmen kami untuk meningkatkan hubungan perjalanan dan menyokong pertumbuhan pelancongan global," katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Pengarah Pasaran China Daratan, Hong Kong dan Taiwan dari Atout France, Agnès Angrand berkata, mereka yakin kerjasama itu akan memberi sumbangan besar dalam mengukuhkan kedudukan Perancis sebagai destinasi utama percutian dan budaya untuk pelancong Malaysia dan serantau.

"Melalui perkongsian ini, ia akan meningkatkan keterlihatan Perancis di pasaran utama, sementara Malaysia Airlines akan mengukuhkan statusnya sebagai rakan kongsi penerbangan utama perjalanan ke Perancis, serta memperluaskan capaian dan kehadirannya melalui usaha bersama," katanya.

Turut hadir di majlis termasuk Timbalan Pengarah Pasaran China Daratan, Hong Kong dan Taiwan dari Atout France, Agnès Angrand, Pengurus Pemasaran ASEAN dari Atout France, Michiko Watanabe, Ketua Pemasaran Global Syarikat Penerbangan dari Malaysia Aviation Group, Emily Tan.

Kerjasama tersebut mencerminkan komitmen bersama untuk mempercepatkan pemulihan pelancongan global dengan menguatkan hubungan udara dan meningkatkan profil Perancis sebagai destinasi yang wajib dilawati.

Melalui inisiatif strategik itu, Malaysia Airlines dan Atout France bertujuan untuk meningkatkan permintaan pelancong, memperluas capaian pasaran, dan menyediakan pelancong akses yang mudah ke pengalaman budaya, masakan, dan rekreasi Perancis yang kaya.- DagangNews.com

standard