Malaysia Airports giat baiki siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching rosak dibadai ribut

26 Aug 2026 • 11:09 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malaysia Airports giat baiki siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching rosak dibadai ribut Image from: Malaysia Airports giat baiki siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching rosak dibadai ribut johardy26/08/2026 - 11:09 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUCHING 26 Ogos - Malaysia Airports giat menjalankan kerja pembaikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) selepas sebahagian struktur siling luarnya rosak akibat cuaca buruk pada Selasa.

 

Malaysia Airports berkata, kawasan terjejas telah ditutup dan dikawal bagi membolehkan kerja pembaikan dilaksanakan dengan selamat.

 

“Kerja pembaikan di KIA sedang dijalankan pada bahagian struktur siling luar yang terjejas akibat cuaca buruk,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya.

 

Menurut Malaysia Airports, operasi lapangan terbang kekal berjalan seperti biasa sepanjang kerja pembaikan dilaksanakan.

 

“Kami menghargai kesabaran dan kerjasama penumpang serta pengguna lapangan terbang sementara kerja-kerja ini diselesaikan,” katanya.


 

Kuching

 

Kuching

 


Angin kencang, hujan lebat landa Kuching

Pada petang Selasa, sebahagian struktur siling di kawasan ketibaan KIA mengalami kerosakan selepas angin kencang dan hujan lebat melanda Kuching.

 

Kejadian di KIA merupakan antara beberapa insiden kerosakan akibat cuaca buruk yang dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya itu.

 

Antaranya termasuk kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan susulan keadaan cuaca berkenaan.  - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved