Malaysia Akan Bantah Keras Sekiranya Kapal GSF Dipintas – PM

LocalPolitics
1 Oct 2025 • 12:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan Malaysia akan menyatakan bantahan keras dan menyeluruh sekiranya kapal-kapal yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla ke Gaza dipintas atau disekat oleh rejim Israel.

Awani melaporkan, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia akan menggerakkan usaha diplomatik dengan rakan-rakan antarabangsa, termasuk negara yang telah mengemukakan usul berkaitan krisis yang sedang berlangsung di Gaza.

Tambah PM lagi, beliau akan hubungi semua rakan termasuk negara-negara seperti Itali, Sepanyol dan Turkiye yang sebelum ini telah ke depan dalam menyatakan sokongan selain bakal mendapatkan dukungan daripada China.

image is not available

Perkara itu telah disampaikan oleh Anwar dalam sidang media selepas meninjau Command Center Sumud Nusantara di ibu pejabat MAPIM baru-baru ini.

Selain itu, kerajaan juga akan menilai usaha yang sedang digerakkan oleh Arab Saudi dan Perancis yang telah menunjukkan inisiatif ke arah perdamaian dan kita (Malaysia) akan berhubung secara rasmi dengan kedua-dua negara tersebut dalam waktu terdekat.

image is not available

Dalam pada itu, Anwar turut mengulas tentang pertemuan akan datang dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dilihat sebagai peluang penting untuk usaha agar serangan ganas ke atas Gaza dapat dihentikan, sekali gus menjamin hak kemerdekaan Palestin.

Misi GSF dijangka memasuki zon merah kira-kira jam 7 malam hari ini (Rabu) dan mereka semua dalam keadaan bersiap siaga untuk sebarang ancaman dan juga amaran intersepsi.

Sumber : Awani

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.