Malaysia Akan Wajibkan Platform Media Sosial Laksana Had Umur Memastikan Pengguna Bawah 13 Tahun Tidak Mempunyai Akaun

Digital
15 Oct 2025 • 2:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini mengatakan Malaysia akan wajibkan platform media sosial dalam melaksanakan had umur bagi para pengguna, sekaligus memastikan tiada pengguna berusia bawah 13 tahun yang menggunakan media sosial.

image is not available

Untuk melaksanakan perkara ini, SKMM akan mengadakan pertemuan bersama syarikat media sosial pada minggu hadapan, sekaligus membincangkan langkah-langkah ke arah pelaksanaannya.

Pelaksanaan ini juga adalah selari dalam melindungi kanak-kanak atas-talian. Di samping itu, kerajaan juga mengatakan dengan mewajibkan perkara ini, ia akan memastikan pihak syarikat media sosial menguatkuasakan garis panduan yang sedia diterbitkan oleh platform masing-masing berkaitan akaun melibatkan kanak-kanak.