Malaysia, Argentina mahu perkukuh perdagangan dan pelaburan

LocalBusiness & Finance
29 Sep 2026 • 10:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia, Argentina mahu perkukuh perdagangan dan pelaburan

PETALING JAYA– Malaysia dan Argentina berhasrat memperkukuh hubungan ekonomi menerusi peningkatan perdagangan, pelaburan serta akses pasaran bagi perniagaan kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Argentina ke Malaysia, Marta Laura Gabrieloni.

Menurut beliau, pertemuan itu turut membincangkan potensi kerjasama dalam sektor pertanian selain pemindahan teknologi.

“Argentina merupakan rakan ekonomi keempat terbesar Malaysia di Amerika Latin pada 2025.

“Saya melihat ruang untuk hubungan ini diperkukuh melalui kerjasama yang membuka lebih banyak peluang kepada industri dan pengeksport kita,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Johari berkata, kerjasama lebih erat antara kedua-dua negara berpotensi memperluas peluang pasaran serta menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan dua hala.- KOSMO! ONLINE

The post Malaysia, Argentina mahu perkukuh perdagangan dan pelaburan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved