Malaysia berisiko jadi transit sindiket dadah antarabangsa, kawalan KLIA dipertingkat

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 10:36 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Malaysia berisiko jadi transit sindiket dadah antarabangsa, kawalan KLIA dipertingkat

SHAH ALAM, 6 NOV: Malaysia berdepan risiko dijadikan laluan transit sindiket dadah antarabangsa yang mengambil kesempatan terhadap kedudukan geografi strategik serta jaringan pengangkutan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil risikan dan penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sindiket jenayah terancang berpotensi mengeksploitasi laluan udara, darat dan laut untuk membawa masuk dadah, lapor Berita Harian.

Menurutnya, bekalan berkenaan sama ada diedarkan ke pasaran tempatan atau dihantar ke negara lain.

"PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus mempergiatkan risikan dan operasi penguatkuasaan terhadap keseluruhan rangkaian sindiket.

"Ia termasuk pembekal, pengatur pergerakan, pembiaya dan pengedar, selain memperkukuh kerjasama dengan agensi penguat kuasa antarabangsa serta kawalan di lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan darat bagi membendung aktiviti penyeludupan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Khoo Poay Tiong (HARAPAN-Kota Melaka) berhubung kemungkinan Malaysia menjadi pusat transit sindiket pengeluaran dan pengedaran dadah antarabangsa.

Saifuddin berkata, susulan beberapa insiden keselamatan di pintu masuk negara, Jemaah Menteri pada 19 Ogos lalu meluluskan pelan tindakan bagi memperkukuh kawalan keselamatan dan saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta pintu masuk antarabangsa secara berfasa.

Katanya, pelan itu mengandungi 17 syor utama yang merangkumi tiga teras keselamatan iaitu keselamatan penerbangan, keselamatan negara dan sempadan serta keselamatan fizikal dan perlindungan.

Pelaksanaan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu jangka pendek (sifar hingga enam bulan), sederhana (enam hingga 24 bulan) dan panjang (melebihi 24 bulan).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved