Malaysia dominasi emas, perak beregu boling wanita

17 Nov 2026 • 7:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia dominasi emas, perak beregu boling wanita

PETALING JAYA: Barisan pemain Malaysia meneruskan rentak konsisten apabila mendominasi acara beregu wanita selepas menggondol pingat emas dan perak pada Kejohanan Tenpin Boling Asia 2026 di Doha, Qatar, kelmarin.

Gandingan Nur Syazwani Sahar dan Adelia Nur Irwan Syazalee yang mewakili pasukan Malaysia 2 beraksi cemerlang setelah menyempurnakan 2,753 jatuhan pin untuk memenangi pingat emas.

Satu lagi pasangan yang mewakili Malaysia 1, Faten Najihah Ahmad Faik dan Nora Lyana Natasia Norkamal membawa pulang pingat perak selepas melakukan 2,732 jatuhan pin.

Satu lagi gandingan negara, Gillian Lim-Sin Li Jane yang diletakkan dalam pasukan Malaysia 3 kurang bernasib baik apabila dipintas Filipina, Grace Gella dan Krizziah Macatula yang merangkul gangsa dengan 2,717 jatuhan pin.

Gillian yang memenangi emas dalam acara perseorangan wanita, Sabtu lalu, menamatkan aksi di kedudukan keempat bersama Li Jane selepas melakukan 2,707 jatuhan pin, hanya kurang 10 pin berbanding Filipina.

Sementara itu, dalam acara perseorangan lelaki, wakil negara, Tun Hakim Tun Hasnul Azam terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas hanya dipisahkan tujuh pin dengan pemenang emas, Abdulrazzaq Mohammad dari Kuwait.

Tun Hakim melakukan 1,383 jatuhan pin, manakala Abdulrazzaq menyempurnakan 1,390 jatuhan pin.

Pemenang pingat gangsa menjadi miliki pemain Hong Kong, Michael Mak yang melakukan 1,381 jatuhan pin. – UTUSAN

 

The post Malaysia dominasi emas, perak beregu boling wanita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved