Penampilan sulung membanggakan buat pemain boling remaja Sabah

17 Nov 2026 • 4:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Penampilan sulung membanggakan buat pemain boling remaja Sabah

Kota Kinabalu: Pemain boling tenpin remaja Sabah mencatat penampilan sulung memberangsangkan pada Kejohanan Akhir Grand Prix Litar Remaja Kebangsaan di Sunway Pyramid, Ahad lalu apabila membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa.

Membariskan empat atlet, Sabah meraih pingat perak menerusi Nevern Nethaneel Marcellinus yang tewas tipis kepada Ahmad Azriq dari Kuala Lumpur pada perlawanan akhir.

Nurul Alyssa Junaidi pula menyumbang pingat gangsa selepas tewas kepada Nur’Ain Mustapha dari Pulau Pinang pada peringkat separuh akhir.

Sementara itu, Muhammad Zulhilmi Zulkiplee mara ke suku akhir sebelum tewas kepada juara kejohanan Ahmad Azriq manakala Nurul Ayunni Junaidi tersingkir pada pusingan pertama.

Presiden Persatuan Tenpin Boling Sabah Rozzainny Sham Talip berpuas hati terhadap prestasi yang ditampilkan atlet berkenaan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan itu atas pencapaian terbabit dan turut merakamkan penghargaan kepada pengurus pasukan Ahmad Jaludin Jalmahari atas bimbingannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved