Malaysia eksport minyak sawit ke benua Afrika melalui Kenya

LocalBusiness & Finance
15 Oct 2026 • 2:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia eksport minyak sawit ke benua Afrika melalui Kenya

JELI – Malaysia bakal mengadakan misi perdagangan ke Kenya bagi memperluas pasaran eksport minyak sawit ke benua Afrika sekali gus meningkatkan daya saing industri komoditi berkenaan di peringkat global.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, Kenya berpotensi menjadi pintu masuk strategik bagi menembusi pasaran benua itu selaras dengan usaha kerajaan memperluas permintaan terhadap komoditi tempatan.

“Kenya merupakan pintu masuk kepada benua Afrika. Insya-Allah kita akan jalankan misi perdagangan ke Kenya selepas ini.

“Kerajaan turut memberi perhatian kepada usaha meningkatkan permintaan terhadap minyak sawit di India yang merupakan antara pasaran utama industri berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Industri Asas Tani (AGX) 2026 di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, lawatan terbaharu Kementerian Perladangan dan Komoditi ke India menunjukkan permintaan terhadap minyak sawit dari negara ini masih kekal meskipun industri perladangan berdepan pelbagai cabaran susulan perkembangan semasa antarabangsa.

Menurutnya, kerajaan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pasaran minyak sawit di Kesatuan Eropah dan China.

“Selain itu, kita akan terus mempergiat pembangunan produk hiliran sawit bagi meningkatkan nilai tambah komoditi negara dan memperluas peluang pertumbuhan industri.

“Kita fokus terhadap produk hiliran kerana ia mempunyai nilai tambah yang banyak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia eksport minyak sawit ke benua Afrika melalui Kenya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved