MPOC jana potensi jualan RM573 juta menerusi Forum Minyak Sawit Malaysia 2026

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 11:03 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MPOC jana potensi jualan RM573 juta menerusi Forum Minyak Sawit Malaysia 2026 Image from: MPOC jana potensi jualan RM573 juta menerusi Forum Minyak Sawit Malaysia 2026 liza09/10/2026 - 11:03 Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Minyak Sawit Malaysia Kuala Lumpur 2026 (MPOF KL 2026) anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) di Kuala Lumpur Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt – Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjana potensi jualan sebanyak RM573 juta menerusi sesi padanan perniagaan BizMatch sempena penganjuran Forum Minyak Sawit Malaysia Kuala Lumpur 2026 (MPOF KL 2026).

 

Ia melibatkan 109 pembeli antarabangsa dengan 31 pembekal minyak sawit Malaysia sepanjang sesi yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2026.

 

Penganjurannya menyaksikan lebih 400 pertemuan perniagaan diadakan, melibatkan pembeli dari Afrika Sub-Sahara, Asia Pasifik, Afrika Utara, Timur Tengah dan Balkan dengan penyertaan terbesar datang dari Afrika.

 

Afrika jadi pasaran utama minyak sawit Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Belvinder Sron berkata BizMatch menjadi antara komponen paling mendapat sambutan sepanjang minggu penganjuran MPOF kerana menyediakan platform secara langsung untuk menghubungkan pemain industri dengan peluang perniagaan.

 

Beliau berkata, penyertaan antarabangsa yang kukuh serta potensi jualan RM573 juta itu mencerminkan nilai usaha mempertemukan pembeli luar negara dengan pembekal Malaysia bagi membuka peluang perdagangan baharu.

 

Menurutnya, penyertaan besar dari Afrika amat menggalakkan memandangkan rantau itu semakin penting kepada eksport minyak sawit Malaysia.

 

t

 

“Afrika Sub-Sahara merupakan rantau pengimport terbesar minyak sawit Malaysia dengan jumlah import mencecah 4.1 juta tan pada 2025, meningkat 12% berbanding tahun sebelumnya.

 

“Momentum itu berterusan pada 2026 apabila eksport minyak sawit Malaysia ke rantau berkenaan meningkat 10% dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

 

“Afrika kekal sebagai pasaran keutamaan dalam strategi pembangunan pasaran MPOC, manakala program seperti BizMatch membantu mengukuhkan hubungan perdagangan sedia ada serta meneroka peluang dengan pembeli dan pasaran baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Peluang meliputi produk hiliran dan derivatif bernilai tinggi

Perbincangan perniagaan sepanjang BizMatch merangkumi pelbagai produk berasaskan minyak sawit Malaysia daripada minyak sawit secara pukal kepada produk hiliran dan derivatif bernilai tambah tinggi untuk kegunaan makanan serta bukan makanan.

 

Pendekatan itu membuka ruang kepada pembekal tempatan untuk meneroka peluang perdagangan yang lebih luas, termasuk memasarkan produk diproses kepada pembeli antarabangsa mengikut keperluan pasaran masing-masing.

 

t
Delegasi antarabangsa dibawa melawat ladang kelapa sawit dan kompleks kilang pada 6 Oktober 2026 bagi mendapatkan gambaran secara langsung mengenai amalan pengeluaran, inisiatif kelestarian serta keupayaan industri minyak sawit Malaysia.

 

Delegasi dari 26 negara sertai program perdagangan

BizMatch merupakan sebahagian daripada program utama MPOC, iaitu ‘Trade & Networking Visit’ (TNV) yang membawa delegasi antarabangsa dari 26 negara ke Malaysia.

 

Sebagai sebahagian daripada program itu, delegasi berkenaan melawat ladang kelapa sawit dan kompleks kilang pada 6 Oktober 2026 bagi mendapatkan gambaran secara langsung mengenai amalan pengeluaran, inisiatif kelestarian serta keupayaan industri minyak sawit Malaysia.

 

Program berkenaan menyusuli persidangan MPOF KL 2026 pada 7 Oktober yang menarik lebih 650 peserta industri dan menerima sokongan penajaan daripada 34 syarikat Malaysia.

 

Persidangan bertemakan “Pertumbuhan Mampan dalam Era Penjajaran Semula Geopolitik” itu membincangkan perkembangan perdagangan global, kelestarian, pasaran permintaan baharu serta prospek industri minyak dan lemak.

 

Secara keseluruhan, penganjuran MPOF KL, TNV dan BizMatch mencerminkan usaha berterusan MPOC untuk memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa serta meluaskan peluang pasaran bagi minyak sawit dan produk berasaskannya.

 

Untuk rekod, industri minyak sawit Malaysia menyumbang pendapatan eksport sebanyak RM112.5 bilion pada 2025, sekali gus mengekalkan peranannya sebagai antara sektor penting kepada ekonomi negara. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved