Malaysia jadi negara pertama! Fahmi bangga kejayaan pujuk Myanmar bawa pulang rakyatnya

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 1:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang berjaya meyakinkan Myanmar untuk menerima kembali rakyatnya yang berada di negara ini, sekali gus mencerminkan kejayaan diplomatik yang membanggakan.

Satu pencapaian luar biasa

Memetik laoran daripada Bernama, jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi menyatakan, pencapaian itu dizahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu kejayaan diplomatik yang luar biasa.

“Ini satu pencapaian luar biasa kerana seperti yang Perdana Menteri maklumkan, Malaysia merupakan negara pertama di dunia berjaya meyakinkan sebuah negara seperti Myanmar untuk menerima kembali pelariannya.
“Semua dipulangkan pada kos ditanggung oleh pihak Myanmar itu sendiri. Jadi ini satu pencapaian diplomatik yang cukup membanggakan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi Oktober 2026, hari ini.

Image from: Malaysia jadi negara pertama! Fahmi bangga kejayaan pujuk Myanmar bawa pulang rakyatnya

Lebih 3,000 pelarian Myanmar akan dihantar pulang

Menurut Fahmi, lawatan rasmi Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing pada 7 dan 8 Oktober lalu turut membuka ruang perbincangan bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara itu dihantar pulang.

“Insya-ALLAH dalam masa terdekat, lebih 3,000 pelarian Myanmar pelbagai etnik akan mula dihantar pulang,” katanya.

Beliau turut meminta Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) meneliti perkembangan berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara lain.

Image from: Malaysia jadi negara pertama! Fahmi bangga kejayaan pujuk Myanmar bawa pulang rakyatnya

Sebelum ini, Malaysia melaksanakan penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar menggunakan tiga kapal, termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar. Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa Myanmar bersedia memudahkan proses penghantaran pulang rakyatnya secara besar-besaran serta menanggung kos berkaitan.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, pencapaian diplomatik Malaysia turut merangkumi kehadiran Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Raja Jordan, Raja Abdullah II ke Malaysia, selain pelaksanaan Global Sumud bagi membantu rakyat Palestin.

“Jadi Insya-ALLAH, beberapa langkah diplomatik ini akan dapat mengukuhkan bukan hanya kedudukan Malaysia di mata dunia, tetapi juga membantu kumpulan-kumpulan seperti rakyat Palestin,” katanya.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved