Malaysia kedua terbaik Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

LocalTechnology
14 Sep 2026 • 4:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Malaysia kedua terbaik Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet
Malaysia menduduki tempat kedua di Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet tetap dengan indeks 80.87 peratus, mengatasi Thailand dan Vietnam - Gambar hiasan

SHAH ALAM – Malaysia menduduki tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet tetap dengan mencatatkan indeks 80.87 peratus bagi tempoh Januari hingga September 2026.

Pencapaian itu berdasarkan data yang dikeluarkan oleh platform bebas pengukuran prestasi internet, nPerf, yang menilai kualiti perkhidmatan internet berdasarkan pengalaman sebenar pengguna.

Menurut platform tersebut, Malaysia hanya berada di belakang Singapura yang merekodkan indeks penstriman tertinggi sebanyak 84.70 peratus.

Malaysia turut mengatasi Thailand dan Vietnam yang masing-masing mencatatkan indeks penstriman 80.48 peratus serta 80.40 peratus dalam tempoh yang sama.

“Malaysia mengatasi Thailand dan Vietnam, sekali gus mengesahkan kualiti penstriman video yang hampir menyamai piawaian tertinggi di rantau ini.

“Perbezaan antara negara-negara ini masih ketara apabila Malaysia mencatatkan indeks penstriman hampir tujuh mata lebih tinggi berbanding Indonesia yang merekodkan 74.08 peratus,” menurut nPerf dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut platform itu, perbezaan tersebut menyumbang kepada pengalaman pengguna yang lebih lancar ketika menonton kandungan video berdefinisi tinggi (HD).

Prestasi berkenaan mencerminkan peningkatan kualiti rangkaian internet tetap di negara ini, terutama dalam memenuhi permintaan pengguna terhadap perkhidmatan penstriman yang semakin berkembang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved