Malaysia Kini Negara Ke-12 Paling Aman Di Dunia, Setaraf Singapura Dan Jepun

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 4:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan apabila melonjak ke kedudukan ke-12 sebagai negara paling aman di dunia dalam Global Peace Index (GPI) 2026.

Menerusi kenyataan di media sosial, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan kedudukan tersebut mengukuhkan lagi reputasi Malaysia sebagai antara negara paling selamat dan aman di Asia.

Keamanan Malaysia diiktiraf

Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memastikan aspek keamanan, keselamatan dan kestabilan negara sentiasa diberi keutamaan.

“Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara negara paling aman di dunia dalam Global Peace Index (GPI) 2026, sekali gus meletakkan negara kita sebaris dengan Singapura dan Jepun sebagai antara negara paling aman di Asia.
“Pencapaian ini juga adalah hasil komitmen seluruh pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan serta semua pihak yang tidak pernah berkompromi dalam memelihara keamanan dan ketenteraman negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Image from: Malaysia Kini Negara Ke-12 Paling Aman Di Dunia, Setaraf Singapura Dan Jepun

Keamanan hasil kerjasama pelbagai pihak

Saifuddin menyatakan, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan serta rakyat yang memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan negara.

Beliau turut menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memperkukuh usaha meningkatkan keselamatan awam, memperkasakan penguatkuasaan undang-undang, mengukuhkan kawalan sempadan serta membanteras jenayah.

“Keamanan bukan sekadar satu pencapaian, tetapi asas kepada kesejahteraan rakyat, keyakinan pelabur dan pertumbuhan ekonomi negara. Insya-Allah, usaha untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, selamat dan stabil akan terus diperkasakan demi manfaat seluruh rakyat,” katanya.

Image from: Malaysia Kini Negara Ke-12 Paling Aman Di Dunia, Setaraf Singapura Dan Jepun

Dalam pada itu, Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan dan rakyat Malaysia yang bersama-sama menyumbang kepada keamanan negara.

Untuk rekod, Malaysia berada di tangga ke-13 dalam GPI 2025 selepas meningkat empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.

Negara turut pernah menduduki tangga ke-10 dunia dalam GPI 2024 dan ke-12 dunia dalam laporan GPI 2023.

Sumber: Facebook Saifuddin Nasution Ismail 

The post Malaysia Kini Negara Ke-12 Paling Aman Di Dunia, Setaraf Singapura Dan Jepun appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved