Malaysia perkukuh sistem cukai seiring perkembangan ekonomi digital 

Business & Finance
4 Aug 2026 • 5:49 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia perkukuh sistem cukai seiring perkembangan ekonomi digital 

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memperkukuh sistem percukaian negara bagi memastikan ia kekal relevan dengan perkembangan ekonomi global yang berteraskan digital, saling berhubung dan kompleks.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah berkata, perubahan model perniagaan, peningkatan transaksi rentas sempadan serta perkembangan dasar percukaian antarabangsa menuntut kerajaan memodenkan pendekatan terhadap dasar dan pentadbiran cukai agar lebih cekap dan responsif.

“Sehubungan itu, Malaysia mengambil langkah proaktif menerusi pelaksanaan reformasi berterusan dan inisiatif pendigitalan bagi meningkatkan ketelusan, kecekapan serta integriti ekosistem percukaian negara.

“Usaha tersebut diyakini mampu mengukuhkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik, di samping memastikan sistem percukaian negara kekal mampan dalam menghadapi cabaran ekonomi masa depan,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Persidangan Percukaian Kebangsaan ke-26 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Menurut beliau, kerajaan komited dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong pelaburan, inovasi dan keusahawanan. 

“Dasar seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, mencerminkan keazaman kita untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang kompetitif dan bersedia menghadapi masa hadapan.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi nasional bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi, memperkukuh industri domestik, mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan kedudukan Malaysia di rantaian nilai serantau dan global,” katanya. 

Menurut Amir, sistem cukai yang moden dan berkesan memainkan peranan penting dalam menyokong cita-cita ini. 

“Para pelabur mencari kepastian dan perniagaan menghargai konsistensi. Pasaran bertindak balas positif terhadap ketelusan dan tadbir urus yang baik.

“Oleh itu, mengekalkan kerangka cukai yang jelas, cekap dan dipercayai akan terus menjadi tunjang bagi daya saing Malaysia,” katanya. – UTUSAN

The post Malaysia perkukuh sistem cukai seiring perkembangan ekonomi digital  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved