Malaysia Pertahan Emas Skuasy Berpasukan Wanita Di Sukan Asia

2 Oct 2026 • 3:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Malaysia Pertahan Emas Skuasy Berpasukan Wanita Di Sukan Asia

NAGOYA, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia mempertahankan pingat emas acara skuasy berpasukan wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Hong Kong 2-1 dalam aksi final di Nagoya Kinjo Futo Arena, di sini hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad negara mengulangi kejayaan meraih emas pada edisi 2022 di Hangzhou, China.

Perseorangan pertama negara Aifa Azman menyumbang mata pertama pasukan negara selepas menewaskan Ho Tze Lok 11-9, 11-9 dan 12-10.

Bagaimanapun, Hong Kong menyamakan kedudukan menerusi Chan Sin Yuk yang mengejutkan pemenang pingat emas perseorangan wanita S Sivasangari 7-11, 11-9, 11-9, 5-11, 7-11.

Aira Azman muncul penyelamat apabila melengkapkan kemenangan skuad negara, menundukkan Lee Ka Yi 11-9, 11-5, 11-4 untuk memastikan emas kekal milik Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved