Tutup Penampilan Terakhir Di Sukan Asia Dengan Emas, Air Mata Azizulhasni Tumpah

2 Oct 2026 • 9:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tutup Penampilan Terakhir Di Sukan Asia Dengan Emas, Air Mata Azizulhasni Tumpah

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak dapat menahan tangis selepas berjaya merangkul pingat emas dalam acara keirin lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya hari ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam di laman X, Azizulhasni dilihat menangis sambil memeluk John Beasley.

Air Mata Azizulhasni

"Suasana penuh emosi, emas Keirin Sukan Asia Aichi-Nagoya ibarat hadiah perpisahan paling bermakna buat Datuk Azizulhasni Awang kepada John Beasley yang bakal ucap selamat tinggal," kata Zulhelmi.

Sementara itu, The Pocket Rocketman berkata saingan berlangsung pada tahap kelajuan tinggi sehingga disifatkannya hampir menyamai final Kejohanan Dunia.

Baca juga:

Beliau memilih untuk tidak terburu-buru mengejar kelompok hadapan sebaliknya mengatur kayuhan secara berperingkat sebelum meningkatkan kelajuan pada pusingan terakhir bagi memastikan tiada pelumba yang memintasnya di penghujung perlumbaan, lapor Bernama.

“Saya bagi jarak, saya kejar perlahan-lahan. Dekat sampai ke pusingan terakhir itu barulah saya datang betul-betul untuk pastikan tiada orang cuba potong saya pada minit akhir.

“Memang waktu tepat sampai ke garisan penamat saya potong. Memang cantik tetapi memang betul-betul penatlah lepas itu,” katanya.

Menurut Azizulhasni, kejayaannya turut mendapat pengiktirafan daripada lawan yang jauh lebih muda, termasuk Kaiya Ota dari Jepun yang 11 tahun lebih muda daripadanya dan Zhiwei yang 16 tahun lebih muda.

“Mereka pun cakap, ‘38 tahun, macam mana boleh masih lagi berada di peringkat tertinggi ini (Sukan Asia)?’” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Azizulhasni menutup penampilan di Sukan Asia dengan koleksi tiga emas, satu perak dan dua gangsa, sekali gus melengkapkan kempen terakhirnya di pentas temasya benua itu dengan pencapaian yang cukup membanggakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved