Sukan Asia: Skuasy terus hadirkan kilauan emas

2 Oct 2026 • 5:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Skuasy terus hadirkan kilauan emas

ARENA skuasy negara terus menghadirkan kilauan emas apabila menjuarai acara berpasukan lelaki dengan menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi final di Arena Nagoya Kinjo Futo, sebentar tadi.

Ia melengkapkan hari penuh gemilang buat kontinjen negara yang turut menjuarai acara berpasukan wanita.

Lebih manis, kemaraan ke final kali ini adalah hasil menumpaskan pemenang pingat emas empat lalu, India di separuh akhir dan kejayaan di bumi Jepun juga membolehkan skuad negara memperbaiki pencapaian gangsa pada edisi lepas.

Terdahulu, wakil Pakistan, Nasir Iqbal yang menang 11-8 di set pertama sering dihimpit kesilapan sendiri untuk membolehkan pemain negara, Ameeshenraj Chandaran bangkit memperoleh kemenangan mudah, 11-3 di set kedua.

Ameeshenraj terus kekal cemerlang untuk memenangi set ketiga dan keempat, 11-6, 11-4 sekali gus memastikan mata pertama buat Malaysia.

Turun selaku pemenang pingat emas dalam acara individu, Ng Eain Yow menang set pertama 11-8 namun Noor bangkit memberikan saingan untuk memenangi set kedua 11-6.

Noor yang tewas kepada Eain Yow di peringkat separuh akhir acara individu terus cemerlang untuk menang 11-7 di set ketiga namun ia tidak mampu diteruskan pada dua set selepas itu.

Eain Yow bangkit dengan cemerlang untuk melengkapkan kemenangan 11-4, 11-5 bagi memastikan kejayaan berganda buat Malaysia selepas turut memenangi dalam acara berpasukan wanita. – KOSMO! ONLINE

 

The post Sukan Asia: Skuasy terus hadirkan kilauan emas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved