Malaysia Pertama Kali Catat 0 Kematian Akibat Covid-19 Sejak 18 Disember 2020

20 Jun 2022 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kematian pertama Covid-19 direkodkan pada Mac 2020 yang lalu, angka ini dilihat berterusan meningkat sehingga Malaysia telah pun mencatatkan jumlah kematian sebanyak 35,732 kes setakat ini.

Namun begitu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan, semalam buat pertama kalinya sejak 18 Disember 2020, Malaysia mencatatkan sifar kematian akibat Covid-19.

Hari ini (semalam) untuk pertama kalinya sejak 18 Disember 2020, Malaysia akan melaporkan 0 kematian akibat Covid-19.”

Menurut Khairy, peralihan ke fasa endemik yang bermula sejak 1 April lalu ini telah pun ditentu ukur secara berterusan menerusi data dan mengharapkan agar ianya terus berhasil di masa akan datang.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Malaysia telah merekodkan sebanyak 28,153 kematian di hospital dan selebihnya, 7,579 meninggal sebelum tiba ke hospital (brougt in dead).

Manakala semalam, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 1,690 kes positif harian menjadikan jumlah kes aktif setakat ini adalah 25,944 di mana 1,000 kes perlu mendapat rawatan di hospital, 15 kes perlu mendapatkan bantuan pernafasan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.