Malaysia Sempat Sekat Kontena Disyaki Bawa Barang ke Israel

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 2:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Malaysia Sempat Sekat Kontena Disyaki Bawa Barang ke Israel

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan serta memeriksa sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, pada Ahad yang disyaki membawa barangan untuk dieksport ke Israel.

Menurut AKPS, penghantaran tersebut disyaki melanggar Item No. 15 Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023, yang melarang pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel selaras dengan dasar dan ketetapan kerajaan Malaysia.

Siasatan Lanjut Sedang Dijalankan

AKPS akan menjalankan siasatan lanjut bersama pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi menentukan sifat, spesifikasi, kegunaan serta klasifikasi barangan berkenaan.

Siasatan turut akan menentukan sama ada barangan tersebut merupakan barangan strategik yang tertakluk kepada kawalan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 [Akta 708] serta perundangan subsidiari berkaitan.

Tindakan Tegas Jika Langgar Undang-Undang

AKPS menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang melanggar dasar, sekatan dan perundangan negara berkaitan Israel.

Pendirian kerajaan MADANI dalam perkara tersebut kekal jelas dan konsisten. Sebarang cubaan mengeksport barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel yang bercanggah dengan undang-undang dan ketetapan kerajaan berpotensi dikenakan tindakan tegas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved