Pendirian tegas! Malaysia tak akan jadi laluan transit kargo ketenteraan Israel -PM Anwar

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 10:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia kekal dengan pendirian tegas untuk tidak membenarkan negara ini dijadikan laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi ketenteraan Israel.

Malaysia tidak akan berkompromi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia tidak akan berkompromi dalam memastikan negara tidak digunakan untuk menyokong sebarang bentuk tindakan ketenteraan atau pencerobohan yang mengancam nyawa orang awam.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun X, beliau menegaskan pendirian Malaysia kekal jelas, khususnya berkaitan penghantaran yang mempunyai kaitan dengan keupayaan ketenteraan Israel.

“Pendirian Malaysia adalah jelas dan tegas. Kami tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan bagi sebarang penghantaran yang menyokong atau menyumbang kepada keupayaan ketenteraan Israel serta kekejamannya terhadap rakyat Palestin dan nyawa orang yang tidak berdosa.
“Sebarang penghantaran yang mencurigakan akan tertakluk kepada pemeriksaan dan siasatan mengikut undang-undang Malaysia. Sekiranya berlaku pelanggaran, tindakan tegas akan diambil,” kata beliau.

Image from: Pendirian tegas! Malaysia tak akan jadi laluan transit kargo ketenteraan Israel -PM Anwar

Menurut Anwar, langkah itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk tidak terlibat dalam sebarang bentuk sokongan terhadap operasi ketenteraan Israel, khususnya yang memberi kesan kepada rakyat Palestin.

Kenyataan Perdana Menteri itu dikeluarkan susulan laporan media asing yang menyoroti tahap penelitian baharu terhadap penghantaran kargo ke Israel.

Image from: Pendirian tegas! Malaysia tak akan jadi laluan transit kargo ketenteraan Israel -PM Anwar

Screenshot

Pendirian tersebut turut menunjukkan Malaysia akan mengambil tindakan terhadap sebarang penghantaran yang mencurigakan sekiranya didapati melanggar undang-undang negara.

Sumber: X anwaribrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved