Malaysian Open – The Royal Patron's Cup: Idham idam tiga kedudukan podium, buru kelayakan World Bowls Series

22 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Malaysian Open – The Royal Patron's Cup: Idham idam tiga kedudukan podium, buru kelayakan World Bowls Series

Pemain boling padang negara, Idham Amin, meletakkan sasaran tiga kedudukan podium dalam Kejohanan Malaysian Open – The Royal Patron's Cup di Terengganu hujung minggu ini.

Ia sebagai syarat utama untuk dia melayakkan diri ke World Bowls Series pada Disember depan, di mana Idham perlu mencari peluang untuk berada dalam kelompok 12 terbaik dunia bagi mendapatkan slot automatik ke siri dunia berkenaan.

Dengan kedudukan ranking semasanya di tangga ke-18 dunia, ia membuatkan Idham tidak memiliki banyak pilihan selain mencuri setiap kedudukan podium bagi tiga kategori yang disertainya.

"Ia agak sukar tetapi saya akan cuba buat yang terbaik kerana saya akan bermain dalam tiga acara, jadi banyak peluang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Jika saya gagal dalam satu acara, masih ada dua acara lain tetapi jika saya dapat tiga podium, saya akan dapat mata yang banyak dan mungkin boleh berada dalam kelompok 10 teratas dunia."

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved