Mama Imani terima sumbangan RM30,000, dijanjikan rumah

23 Sep 2026 • 3:25 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Mama Imani bersama wakil Team Vain dan Alphas Estate Solutions ketika pertemuan mengenai bantuan untuk Imani.

Mama Imani, ibu kepada kanak-kanak yang menghidap hydrocephalus, diumumkan bakal menerima sumbangan keseluruhan RM30,000 susulan pertemuannya dengan Team Vain dan Alphas Estate Solutions.

Pengasas Pertubuhan Kebajikan Inspirasi Vain Liew, Vain Liew berkata, Alphas Estate Solutions menyumbang RM10,000 bagi membantu kos rawatan dan kehidupan anaknya, Imani. Team Vain pula menambah RM10,000, manakala RM10,000 lagi datang daripada bekas suami Mama Imani, Ismadi.

Menurut Vain, satu perjanjian telah ditandatangani bagi memastikan wang berkenaan sampai kepada Mama Imani. Beliau berkata RM20,000 daripada Alphas Estate Solutions dan Team Vain akan dipindahkan terus ke akaunnya pada hari pertemuan itu.

“Tambah lagi RM10,000 daripada Ismadi, jumlah keseluruhannya ialah RM30,000 untuk Mama Imani dan Baby Imani. Harap duit ini dapat meringankan sedikit beban awak,” katanya dalam rakaman pertemuan tersebut.

Baca juga:

Dalam rakaman sama, seorang wakil Alphas Estate Solutions turut berjanji membantu Mama Imani memiliki rumah bernilai lebih RM300,000 selepas mendapatkan maklumat mengenai keadaan kewangannya.

“Kami boleh tunaikan impian awak untuk memiliki sebuah rumah. Janji saya, nilainya mesti melebihi RM300,000,” katanya. Sebelum ini, Vain memaklumkan syarikat itu sedang berbincang dengan Mama Imani mengenai aset yang boleh menjana pendapatan sewaan bulanan.

Perkembangan itu menyusul selepas video kejutan pemberian rumah dan wang tunai kepada Ismadi tular. Lelaki tersebut sebelum ini berkongsi kisah anaknya yang sakit serta usahanya datang dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja tambahan.

Susulan video berkenaan, beberapa pengguna media sosial mendakwa Ismadi dan Mama Imani sudah bercerai, manakala Imani berada di bawah jagaan ibunya. Vain kemudian menjelaskan bahawa pemberian rumah yang dirancang untuk Ismadi ditangguhkan sementara Alphas Estate Solutions membuat semakan dan penilaian lanjut.

The post Mama Imani terima sumbangan RM30,000, dijanjikan rumah appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved