“Mama paling sabar atas muka bumi” – Netizen Teruja Tengok Pelakon Suara Watak Mama Omar & Hana

Entertainment
12 Aug 2025 • 3:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat para ibu bapa khususnya yang mempunyai anak kecil, pastinya siri animasi Omar & Hana selalu menjadi sumber utama bahan hiburan anak. Boleh dikatakan sampai dah boleh hafal segala lagu-lagu yang dimainkan. Ye lah Paul Pogba pun layan kot!

Jadi tidak hairanlah jika ramai netizen teruja apabila dapat tahu wanita yang dikenali sebagai Nur Safiah ini rupanya adalah individu yang membawa watak Mama kepada Omar & Hana.

 

“Rupa pun dah lebih kurang”

Dalam satu video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok miliknya, Nur Safiah dilihat memperkenalkan dirinya sebagai seorang pelakon suara latar dan menunjukkan barisan dialog yang pernah dilakukannya dalam siri Omar & Hana.

@itsnursafiah

Hi, I’m a voice actor and the original voice of “Mama” in the Omar & Hana animated series! It will always be one of my favourites. What are your favourite episodes or songs hihi #voiceactorchallenge #omardanhana #omarhana #voiceover

♬ original sound – SAFIAH – Nur Safiah

Seperti yang kita sedia maklum, Mama kepada Omar & Hana ini adalah seorang watak seorang ibu yang lemah lembut dan penyabar, malah Mama juga memainkan peranan dalam memberikan pengajaran dan mendidik Omar & Hana biarpun mereka kadang-kadang bersikap degil.

“Suara sis bergema satu rumah” – Netizen

Jadi tidak hairanlah netizen teruja kerana ramai yang memuji bahawa watak ini adalah ibu yang paling sabar di atas bumi ini. Malah, mereka juga teruja apabila melihat rupa pelakon suara latar ini yang tak ubah dengan watak animasi yang mereka selalu tonton.

Bukan itu sahaja, ada juga para ibu yang kongsikan video ini kepada anak mereka dan ternyata kanak-kanak ini teruja apabila mendengar suara Safiah.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Fuh! Ramai juga sekarang menuntut watak bapa pula untuk tampil perkenalkan diri.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.