MaMing jalin 3 kerjasama bangunkan projek perumahan di Selangor dan Negeri Sembilan

26 May 2025 • 5:24 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MaMing jalin 3 kerjasama bangunkan projek perumahan di Selangor dan Negeri Sembilan

image is not available

26/05/2025 - 17:24

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 26 Mei – MaMing Group menjalin tiga kerjasama strategik bagi membangunkan projek perumahan dan perindustrian di Selangor serta Negeri Sembilan.

Dua daripada projek itu terletak di Selangor iaitu Pulau Indah, Ulu Yam dan satu lagi terletak di Rantau, Negeri Sembilan.

Di Pulau Indah, anak syarikat MaMing Group, MaMing Development (SBB Park) Sdn Bhd bekerjasama dengan Wire & Wire Products (M) Sdn Bhd untuk membangunkan tanah industri seluas 1.59 hektar di sepanjang Persiaran Pulau Lumut.

Projek itu akan merangkumi pembangunan 12 unit kilang berkembar berkeluasan antara 7,920 hingga 9,720 kaki persegi.

Sementara itu, bagi pembangunan di Ulu Yam, MaMing Development (Batang Kali) Sdn Bhd bekerjasama dengan Yap Khay Cheong Brickworks (Batang Kali) Sdn Bhd bagi membangunkan kawasan seluas 4.61 hektar kepada perumahan berjumlah 108 unit.

Ia merangkumi 60 unit rumah berkembar setingkat, 34 unit rumah teres setingkat, dan 14 unit rumah teres dua tingkat, dengan harga antara RM250,000 hingga RM550,000.

Projek ketiga melibatkan kerjasama antara MaMing Wire Development (Rantau) Sdn Bhd dan W & W Land & Realty Sdn Bhd di atas tanah seluas 1.63 hektar di Rantau.

Pembangunan itu menawarkan 38 unit rumah berkembar setingkat dan 45 unit rumah teres setingkat, dengan harga bermula RM250,000 hingga RM450,000, dan terletak kurang 30 minit dari pusat bandar Seremban.- DagangNews.com

standard