MCMC, MINDEF bangunkan sistem radar pertahanan udara Malaysia

LocalPolitics
23 May 2025 • 6:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MCMC, MINDEF bangunkan sistem radar pertahanan udara Malaysia

image is not available

23/05/2025 - 18:01

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 23 Mei – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membangunkan sistem radar pertahanan udara jarak jauh bagi memperkukuh pemantauan ruang udara di selatan Semenanjung Malaysia.

Inisiatif itu diumumkan dalam kenyataan bersama, susulan pemeteraian perjanjian sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA 2025), disaksikan pegawai kanan kedua-dua agensi.

Mindef turut menandatangani perjanjian dengan Boustead Technology bagi menyokong program satelit komunikasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), manakala Boustead bekerjasama dengan Measat Global untuk projek satelit ketenteraan akan datang.

MCMC dan Mindef menjelaskan, kerjasama tersebut selari dengan matlamat program kerajaan secara menyeluruh (whole-of-government) yang menekankan sinergi antara agensi bagi merealisasikan aspirasi negara.

Mindef menandatangani kontrak berjumlah RM11 bilion, termasuk pembelian 136 kenderaan berperisai daripada Mildef bernilai RM1.8 billion serta beberapa kontrak lain dengan nilai antara RM10 juta hingga RM30 juta sepanjang berlangsung LIMA 2025.- DagangNews.com

standard