Umum mengetahui tikus merupakan haiwan perosak dan kewujudannya sering membuatkan orang ramai berasa panik. Bukan hanya itu, ramai yang berasa geli dengan haiwan perosak ini kerana ia bukan sahaja membawa penyakit tetapi sering berada di kawasan kotor seperti sampah, longkang dan sebagainya.
Tular rakaman papar tikus berlari dalam tren MRT
Baru-baru ini tular video media sosial memaparkan situasi panik para penumpang di dalam sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT) apabila dikejutkan dengan kehadiran seekor tikus.
Menerusi video itu, kelihatan tikus berkenaan berlari daripada pintu masuk dan keluar tren berkenaan. Haiwan itu kemudian berlari ke bawah kerusi serta turut melompat seolah-olah mahu naik ke atas kerusi sehingga terkena kaki salah seorang penumpang wanita.
Turut kelihatan semua para penumpang yang sedang duduk terpaksa mengangkat kaki mereka kerana bimbang jika terkena tikus tersebut.
Kedengaran suara penumpang menjerit
Bukan hanya itu, turut kedengaran para penumpang menjerit ketakutan apabila tikus itu cuba memanjat kaki wanita berkenaan.
“Wheee semua happy Mickey Mouse main dekat MRT,” tulisnya dalam hantaran di Threads.
Sedar video itu menjadi tular, Myrapid KL kemudiannya tampil memberikan penjelasan mengenai situasi tersebut.
Tikus dilaporkan dah keluar daripada tren
Menurut Myrapid KL video berkenaan telah dikongsikan oleh pengguna lain kepada pihaknya sewaktu operasi pada pagi tadi (13 Ogos).
“Haiwan tersebut telah pun keluar dari tren. Operasi ambil maklum dan akan terus memastikan kebersihan, keselesaan dan keselamatan penumpang,” ujarnya.
Minta penumpang beri kerjasama jaga kebersihan dan tak makan atau minum dalam tren
Myrapid KL dalam hantaran sama, turut meminta orang ramai khususnya penumpang untuk memberi kerjasama menjaga kebesihan serta tidak makan dan minum di dalam tren.
Ini kerana tindakan makan dan minum di dalam tren itu boleh mengundang kepada haiwan perosak untuk datang mencari makanan.
“Kami ambil kesempatan ini memohon kerjasama penumpang untuk jaga kebersihan dan tidak makan dan minum di dalam tren dan mengundang haiwan perosak mencari makan di dalamnya. Mohon kerjasama. Terima kasih.”
View on Threads

![Tular Penumpang Panik Tikus Berlari Dalam Tren MRT, Ini Penjelasan Myrapid KL [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/Tikus-dalam-tren-MRT.jpg)


![[VIDEO] ‘Entah kenapa LRT bunyi macam geseran kuat’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-13-at-11.12.58-AM-1024x768.jpeg)


