‘Mana hati nuraini seorang ibu’

LocalFamily & Parenting
20 Oct 2026 • 12:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Mana hati nuraini seorang ibu’

KLANG – “Dia sepatutnya lindungi anak. Mana hati nurani seorang ibu?”

Itu luahan kecewa K. Devendran, 42, terhadap bekas isterinya mendera anak tunggal mereka berusia lima tahun.

Lebih menyedihkan, penderaan itu turut membabitkan bekas ibu mentua dan dua adik iparnya.

Menurut Devendran, dia menyerahkan anaknya kepada bekas isteri selepas mereka bercerai kira-kira empat tahun lalu dengan harapan wanita itu dapat menjaga anak mereka dengan baik.

“Anak saya sendiri beritahu dia didera. Mak pukul, pakcik pun pukul apabila mereka mabuk.

“Saya dapat tahu perkara itu apabila berjumpa anak pada 8 November tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di mahkamah di sini, hari ini.

Jurutera elektrik itu mengakui berasa marah dan amat kesal apabila mengetahui anaknya diperlakukan sedemikian oleh individu yang sepatutnya melindunginya.

“Saya sangat kesal kerana seorang ibu sepatutnya melindungi anak, bukannya menjadikan anak sebagai tempat melepaskan amarah.

“Jadi, saya berharap mereka dikenakan hukuman setimpal atas perbuatan itu,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal, November tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, K. Asha Nanthini, 37, adiknya, Theveinthiran, 34, dan ibu mereka, P. Sivadevi, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Nur Shafrida Hashim. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Mana hati nuraini seorang ibu’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved