Mandi Ais, Makan Cengkih Antara Rahsia Kecantikan Sharifah Sakinah

18 Mar 2025 • 6:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Sharifah Sakinah mendedahkan dia banyak mengamalkan cara orang lama dalam menjaga kesihatan dan kecantikan wajahnya.

Menurut pelakon Curang Tanpa Niat itu, sekiranya boleh dia akan cuba menggunakan bahan natural dalam rutin penjagaan diri.

“Saya akan buat senatural yang boleh, kalau saya nak tengok movie pun saya makan cengkih sebab ia bagus untuk perut, kaviti. Saya banyak tengok macam mana cara orang dulu punya perubatan, kalau ikutkan saya tak nak pakai make up pun,” katanya.

Pada masa sama, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired juga berkongsi dimana dia mengamalkan mandi ais untuk tiga kali seminggu.

Jelasnya, mandi ais mempunyai banyak kebaikan lebih-lebih lagi buat individu yang aktif dalam sukan.

“Saya juga suka mengamalkan mandi ais, saya selalu buat 3 kali seminggu. Selalunya 5.30 pagi dengan 6 petang. Ia bagus untuk orang yang bersukan, kesihatan mental, untuk otot. Ia sebenarnya banyak kebaikan mandi ais ini,” kongsi Sakinah. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved