Ini antara mitos kesihatan yang masih kuat dalam masyarakat.
“Jangan mandi malam, nanti paru-paru masuk air.”
“Jangan mandi malam, nanti paru-paru berair.”
Secara medical, air mandi tidak masuk ke paru-paru melalui kulit.
Paru-paru berair biasanya merujuk kepada dua keadaan:
1. Cecair berkumpul di luar paru-paru
Ini dipanggil pleural effusion.
2. Cecair berkumpul dalam paru-paru
Ini lebih kepada pulmonary edema, selalunya berkait dengan masalah jantung.
Punca sebenar boleh termasuk:
Jangkitan paru-paru seperti pneumonia
Masalah jantung
Tuberkulosis
Masalah buah pinggang atau hati
Kanser
Darah beku di salur paru-paru
Mandi malam tidak menyebabkan semua ini.
Cuma, kalau seseorang memang sudah tidak sihat, sedang demam, menggigil, ada asma, atau badan terlalu lemah, mandi air terlalu sejuk mungkin boleh buat badan rasa lebih tidak selesa.
Itu bukan bermaksud mandi malam menyebabkan paru-paru berair.
Jangan salahkan mandi malam sampai terlepas punca sebenar.
Kalau ada sesak nafas, batuk teruk, sakit dada, kaki bengkak, cepat penat, demam berpanjangan atau nafas berbunyi, dapatkan pemeriksaan.
Paru-paru berair bukan diagnosis yang boleh diselesaikan dengan pantang mandi malam.
Ia perlu dicari puncanya.
#PublicHealthMalaysia
#MitosKesihatan
#KesihatanParuParu
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.






