Mangsa bah di Kelantan kekal 36 orang sejak semalam

4 Jan 2025 • 10:46 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA BHARU, 4 JAN: Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang membabitkan jajahan Pasir Mas masih kekal sejak semalam, iaitu 36 orang daripada sembilan keluarga setakat 9.30 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh, Pasir Mas.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mencatatkan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada paras waspada dengan bacaan 2.06 meter.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved