Mangsa Putra Heights tidak berganjak, tuntut laporan penuh insiden letupan

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 9:10 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mangsa Putra Heights tidak berganjak, tuntut laporan penuh insiden letupan

PETALING JAYA: Lebih setahun selepas insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, penduduk yang terjejas masih menuntut kerajaan negeri mendedahkan laporan penuh siasatan bagi menjawab pelbagai persoalan berhubung punca kejadian itu.

Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Penduduk KKSB, Badly Nordin berkata, mereka tidak akan patah semangat mendesak MB Selangor sehingga laporan penuh berhubung insiden tersebut didedahkan kepada umum.

“Kami tidak akan patah semangat. Walaupun ramai penduduk sudah kembali bekerja dan ada yang telah berpindah, kami tetap mahu laporan penuh mengenai letupan itu didedahkan.

Image from: Mangsa Putra Heights tidak berganjak, tuntut laporan penuh insiden letupan
BADLY NORDIN

“Sehingga hari ini kami masih menunggu penjelasan yang sewajarnya. Penduduk berhak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan punca kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Katanya, penduduk masih belum menerima laporan penuh siasatan yang dijanjikan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan proses berkenaan.

“Kami masih menunggu laporan penuh letupan itu, termasuk perkembangan tindakan undang-undang yang sedang berjalan.

“Berapa lama lagi kami perlu menunggu untuk mendapat penjelasan? Penduduk hanya mahukan jawapan itu,” katanya.

Menurutnya, mereka juga telah membuat tuntutan saman terhadap beberapa pihak untuk bertanggungjawab kepada penduduk yang terjejas akibat letupan paip gas tahun lalu itu.

“Dalam tempoh menunggu laporan penuh itu, proses mahkamah juga sedang berjalan.

“Mahkamah juga sedang meneliti maklumat berkait insiden bagi menuntut beberapa tuntutan penduduk,” jelasnya.

Sebelumnya, MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendedahan laporan penuh tragedi letupan paip gas di Putra Height pada tahun lalu itu belum dapat didedahkan susulan terdapat maklumat daripada agensi Persekutuan seperti Petronas dan sebagainya belum diperolehi.

Beliau berkata, tuntutan mahkamah daripada penduduk juga belum dapat dimuktamadkan dalam laporan. – UTUSAN

The post Mangsa Putra Heights tidak berganjak, tuntut laporan penuh insiden letupan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved