Petronas Gas nafi tawar pampasan awal mangsa letupan Putra Heights

LocalBusiness & Finance
3 Aug 2026 • 3:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Petronas Gas nafi tawar pampasan awal mangsa letupan Putra Heights

PETALING JAYA: Petronas Gas Bhd. (PGB) menafikan dakwaan bahawa syarikat itu menawarkan pampasan awal kepada penduduk yang terjejas akibat insiden letupan paip gas Putra Heights tahun lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, PGB tidak pernah menawarkan sebarang bentuk pampasan awal kepada mana-mana penduduk terlibat, sebaliknya hanya menyediakan kemudahan bagi membantu proses pengurusan tuntutan kerugian.

“Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, PGB ingin menjelaskan bahawa PGB tidak pernah menawarkan sebarang bentuk pampasan awal kepada mana-mana penduduk yang terjejas akibat insiden tersebut,” katanya.

Terdahulu akhbar ini melaporkan, penantian berlarutan terhadap pembenta­ngan laporan akhir siasatan insiden letupan paip gas di Putra Heights tahun lalu bukan sahaja menguji kesabaran penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, malah meninggalkan kesan emosi mendalam.

Setiausaha Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Su­ngai Baru, Mohd. Badly Nordin mendakwa sebahagian besar penduduk kampung mengambil keputusan untuk menolak tawaran pampasan awal daripada Petronas disebabkan wujudnya syarat ketat yang menyekat hak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang pada masa hadapan.

Dalam pada itu, PGB memaklumkan bahawa sebelum ini pihaknya hanya memperkenalkan ‘Laman: Claim & Connect’.

“Ia sebuah inisiatif yang diwujudkan bagi memudah cara proses pengemukaan, penilaian dan pengurusan tuntutan berkaitan kerugian fizikal serta kerosakan harta benda yang dialami oleh penduduk.

“Platform ini bertujuan membantu mempercepat dan menyelaras proses pengurusan tuntutan, dan bukan merupakan satu bentuk tawaran pampasan, pengakuan liabiliti atau penyelesaian tuntutan,” katanya.

Menurut PGB, pihaknya memahami bahawa insiden Putra Heights telah memberi kesan yang amat besar kepada penduduk yang terlibat.

“Sejak hari pertama insiden berlaku, PGB kekal komited untuk menyokong komuniti terjejas melalui pelbagai inisiatif pemulihan dan libat urus secara berterusan,” katanya.

Sehubungan itu, PGB berharap penjelasan ini dapat memperbetulkan fakta yang telah dilaporkan serta memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai peranan dan inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu komuniti yang terkesan. – UTUSAN

 

The post Petronas Gas nafi tawar pampasan awal mangsa letupan Putra Heights appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved