Tok Mat yakin BN mampu selesai krisis takhta N. Sembilan – “Tunggu menang PRN dulu”

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 10:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Barisan Nasional (BN) mendakwa mempunyai pendekatan terbaik bagi menyelesaikan isu krisis takhta Negeri Sembilan sekiranya gabungan itu kembali diberi mandat mentadbir negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Image from: Tok Mat yakin BN mampu selesai krisis takhta N. Sembilan – “Tunggu menang PRN dulu”

Memetik laporan MalaysiaGazette, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, bagaimanapun tidak mendedahkan pendekatan tersebut, sebaliknya meminta rakyat terlebih dahulu memberikan kemenangan kepada BN sebelum penyelesaian itu diumumkan.

“Barisan Nasional kita memang melalui dan menguruskan krisis dalam keadaan yang baik. Kita ada kaedah yang terbaik bagaimana kita menghadapi sesuatu krisis berdasarkan kepada sejarah tadbir kita.
“Tak apa, biar kita menang dulu. Kita menang dulu. Bila menang, esok kita dapat ilham,” katanya ketika ditemui selepas pembentangan manifesto BN bagi PRN Negeri Sembilan, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menyatakan BN mampu membantu mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap pertikaian diraja melibatkan empat Undang Negeri Sembilan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sekiranya gabungan itu kembali menerajui pentadbiran negeri.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pengalaman BN mentadbir Negeri Sembilan serta pemahaman terhadap Adat Perpatih menjadi kekuatan utama dalam mengendalikan isu yang melibatkan institusi diraja di negeri itu.

Menurutnya, Adat Perpatih perlu didokumentasikan secara menyeluruh agar dapat dijadikan rujukan dan panduan bagi mengelakkan pertikaian berkaitan adat serta pentadbiran pada masa hadapan.

“Dulu masa saya mentadbir Negeri Sembilan, saya ada bagi peruntukan yang besar kepada satu universiti dengan hasrat supaya ia dibukukan dan didokumentasikan secara betul kerana selama ini ia hanya disampaikan secara lisan.
“Mesti didokumentasikan, baik dari bawah sampai ke atas agar ia menjadi rujukan dan panduan kepada pengamal-pengamal adat, supaya kita tidak timbul masalah seperti apa yang kita hadapi sekarang,” jelasnya.

Artikel lain: Rugi rakyat Negeri Sembilan tiada apa, dua penggal kerjanya asyik potong reben sahaja – Tok Mat

Beliau turut menegaskan bahawa setiap kemelut perlu diselesaikan melalui semangat muafakat serta keseimbangan antara adat dan hukum.

“Orang tua kata, baik adat tak gaduh hukum, baik hukum tak gaduh adat. Ibu adat mufakat. Jadi mufakatlah supaya jangan kita bertumbuk-tumbuk. Ini yang perlu kita urus dengan baik,” tambahnya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette (Muhammad Azizul Osman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved