Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

LocalPolitics
3 Jul 2026 • 8:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

KUALA LUMPUR - Polis Johor telah membuka lapan kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bermula 27 Jun hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, daripada jumlah itu, lima kertas siasatan dibuka membabitkan kes khianat menggunakan api atau bahan letupan serta kerosakan harta benda.

"Polis akan terus mempertingkat pemantauan, penguatkuasaan dan tindakan penguatkuasaan sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan setiap pelanggaran undang-undang ditangani secara serius, adil dan berintegriti tanpa sebarang kompromi," katanya. 

Jelas beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435, 426 dan 427 Kanun Keseksaan.

Ab Rahaman berkata, keadaan keselamatan sepanjang proses PRN Johor kekal aman dan terkawal, dengan sebanyak 2,037 permohonan permit diterima, manakala 1,849 daripadanya telah diluluskan bagi tempoh yang sama.

“Sebanyak 1,155 aktiviti politik telah diadakan dan dipantau oleh pegawai polis bagi memastikan setiap program dilaksanakan secara teratur, mematuhi peruntukan undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya. 

Menurutnya, polis sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi menerusi penugasan berterusan anggota di seluruh kawasan pilihan raya, bagi memastikan kelancaran trafik, keselamatan dan ketenteraman awam.

“Semua parti politik, calon, penyokong dan masyarakat perlu menghormati undang-undang, mematuhi syarat permit serta mengamalkan politik yang matang,” katanya. 

PRN Johor ke-16 menyaksikan tempoh berkempen bermula selepas proses penamaan calon pada 27 Jun, manakala hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai.

Video bahan-bahan kempen yang dirosakkkan itu boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/reel/1358051472934773/?fs=e&s=TIeQ9V&fs=e&mibextid=wwXIfr - Getaran, 3 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved