Didik anak sejak kecil, anak Amar Baharin gembira puasa 6 – “Belajar daripada apa dia nampak”

Family & ParentingLifestyle
13 Apr 2026 • 12:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Amar Baharin berkongsi momen manis apabila anaknya menunjukkan keterujaan untuk melaksanakan puasa enam selepas Aidilfitri.

Jangan suruh tapi tunjuk

image is not available

Menerusi hantaran di Threads, menurut Amar, anaknya dilihat begitu gigih dan tidak sabar untuk berpuasa selepas melihat ahli keluarga lain melakukannya. Malah sanggup menunggu hujung minggu untuk turut sama berpuasa bersama keluarga.

image is not available

“Gigih abang nak puasa 6, tengok family buat, dia pun nak buat. Siap tunggu weekend,” ciapannya, hari ini.

Amar menekankan bahawa pendekatan terbaik dalam mendidik anak bukanlah melalui arahan semata-mata, sebaliknya melalui contoh teladan. Katanya, dalam perkembangan kanak-kanak, mereka lebih cenderung meniru apa yang dilihat berbanding apa yang didengar.

image is not available

“Jangan suruh, tunjuk. Lagi tambah semangat dia.
“Dalam child development, anak memang belajar dari apa dia nampak, bukan apa dia dengar. Kau buat, dia ikut cuma aku cerita la hadis kelebihan puasa 6 hari selepas puasa Ramadan umpama puasa 1 tahun,” tambahnya lagi.

Perkongsian Amar itu menerima perhatian ramai yang bersetuju bahawa didikan melalui contoh yang baik mampu memberi kesan mendalam dalam membentuk sahsiah anak sejak kecil.

Artikel lain: Amar Baharin luah syukur, selesai agihkan wang infak penyumbang di Madinah

Terdahulu, pelakon itu meluahkan rasa syukur apabila selesai menjalankan amanahnya mengagihkan wang infak yang dikirimkan oleh orang ramai sepanjang kayuhan ke Tanah Suci.

Untuk info, Amar telah memulakan Misi Journey to Tanah Haram bersama rakannya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin dari Perlis ke Masjid Nabawi.

Sumber: Threads amarbaharin