Manohara Berat Mulut Nak Panggil Emak Sendiri Sebagai Ibu, Dakwa Banyak Kisah Gelap & Kuat Guna Ilmu Hitam

EntertainmentLifestyle
22 Jan 2026 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot membuaka kisah silam yang penuh kontroversi selepas dia dipercayai terkena serangan emosi daripada sebuah akaun palsu yang dipercayai milik ibunya sendiri, Daisy Fajarina.

Berdasarkan sumber, pendedahan dari Manohara itu dibuat berikutan dengan tekanan emosi dan ia mendorongnya untuk kongsikan pengalaman pahit yang dipendam sekian lama.

Artikel berkaitan : Dakwa Pernah Didera Kerabat Diraja Kelantan, Ini Wajah Terbaru Manohara

“Aku sendiri sukar menyebut dia sebagai ibu kerana tindakannya bertentangan dengan makna sebenar seorang ibu.”

image is not available

Manohara mendakwa yang ibunya itu kerap berjumpa dengan bomoh dan mengamalkan ilmu hitam sejak dia kecil.

Dakwanya lagi, ibunya itu kerap bertemu dengan bomoh di beberapa lokasi di Indonesia sambil membawanya ke tempat-tempat tersebut.

“Ibu saya sudah lama terlibat dengan amalan sihir hitam. Ketika masih kecil, saya sering dibawa ke Sukabumi dan Bogor kerana dia percaya saya tidak cukup patuh.”

image is not available

Lebih mengejutkan lagi, Manohara mengatakan bahawa dia dipaksa menjalani pelbagai ritual yang dia tidak faham termasuklah meminum sejenis air dan mandi menggunakan minyak tertentu.

“Saya dipaksa melakukan perkara yang menakutkan dan mengelirukan. Trauma itu masih menghantui saya hingga ke hari ini.”

Sumber: mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.