“Manusia Mudah Buruk Sangka” – Rumahtangga Disangka Bermasalah Gara-Gara Gambar Di Pejabat Agama, Ini Respon Bella Hanna

3 Jul 2026 • 9:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas hantaran di pejabat agama menjadi perhatian ramai, Bella Hanna tampil memberi respon apabila ada netizen mendakwa perkongsiannya itu seolah-olah mengundang spekulasi.

BACA: Ke Pejabat Agama Sambil Pegang Dokumen, Hantaran Isteri Redza Rosli Cetus Tanda Tanya Netizen

Menerusi satu hantaran di Threads, Bella pada awalnya menegur sikap segelintir pihak yang mudah berburuk sangka dan membuat andaian terhadap sesuatu perkara.

Bella Hanna respon kritikan netizen

bella hana

Namun, hantaran itu menerima reaksi daripada seorang pengguna media sosial yang menegur Bella supaya tidak memuat naik sesuatu yang boleh mengundang andaian orang ramai.

Lain kali jangan post dengan sesuatu yang mengundang. Manusia ni mana ada yang baik sangka, macam you juga. Post gambar bodoh pastu wartawan amik jadi tajuk yang bodoh.. lain kali bijak .. jadi artis yang berakal.

Tidak berdiam diri, Bella kemudian membalas komen tersebut dengan menjelaskan bahawa dia hanya memuat naik gambar di pejabat agama sahaja.

bella hana

Terdahulu, nama Bella Hanna mencuri perhatian selepas dia memuat naik gambar berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat seorang diri sambil memegang dokumen.

Perkongsian itu kemudian mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan urusan di pejabat agama.

Sebelum ini, suaminya yang juga pelakon, Redza Rosli sudah menjelaskan bahawa rumah tangga mereka tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang didakwa.

Menurut Redza, kehadiran mereka ke pejabat agama hanyalah untuk mengambil sijil nikah dan menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh.

Pssttt! Apa pun, teguran Bella ini ada benarnya. Sebelum membuat kesimpulan, lebih baik kita fikir yang baik-baik dahulu, terutama apabila melibatkan urusan peribadi dan rumah tangga orang lain.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Manusia Mudah Buruk Sangka” – Rumahtangga Disangka Bermasalah Gara-Gara Gambar Di Pejabat Agama, Ini Respon Bella Hanna appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved