“Saya pun tak tahu dia…” – Redza Rosli Dedah Sebab Isteri Hadir Ke Pejabat Agama

LocalEntertainment
3 Jul 2026 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

redza rosli isteri pejabat agama

Semalam, timbul spekulasi mengenai rumah tangga pelakon Redza Rosli apabila tular foto isterinya, Bella Hanna hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat.

Bagaimanapun, Redza menafikan andaian tersebut, malah pelakon itu sebenarnya turut bersama isterinya ketika gambar itu dimuat naik.

Katanya, dia sendiri tidak menyedari isterinya memuat naik foto berkenaan sehingga ia menjadi bualan ramai di media sosial.

“Kami tiada masalah pun sebenarnya. Saya ada dengan dia pada ketika itu.

“Saya pun tak tahu dia upload gambar itu, tapi dia rasa serba salah sebab gambar tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen. Sejujurnya memang tiada apa-apa yang berlaku antara kami,” katanya.

Mengulas lanjut, Redza berkata dia dan Bella sememangnya tidak gemar berkongsi hal peribadi di media sosial, sekali gus memilih untuk tidak memberi perhatian kepada spekulasi yang timbul.

Jelasnya, kehadiran mereka ke pejabat agama hanyalah bagi menyelesaikan urusan yang sudah lama tertangguh.

“Saya selalunya tidak suka berkongsi kisah peribadi di media sosial. Tapi seperti yang saya katakan, tiada apa-apa berlaku. Kami ke sana untuk mengambil sijil nikah kami sahaja.

“Banyak urusan yang tertangguh sebab saya sibuk dengan penggambaran. Jadi bila ada masa, kami menyelesaikan kerja-kerja kami. Tak ada apa pun,” ujarnya.

Dalam pada itu, Redza turut berharap orang ramai tidak terus membuat andaian atau menyebarkan spekulasi mengenai hubungan rumah tangganya bersama Bella.

Untuk rekod, Redza dan Bella selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aydrean Raess pada 13 Januari lalu.

Sumber: Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved