“Saya Pun Tak Tahu Dia ‘Upload’ Gambar Tu” – Redza Rosli Buka Mulut Isu Isteri Ke Pejabat Agama

LocalEntertainment
3 Jul 2026 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Redza Rosli tampil menafikan dakwaan rumah tangganya bersama isteri, Bellah Hanna sedang berdepan masalah.

Menurut Redza, dia sebenarnya turut berada bersama Bellah ketika isterinya memuat naik gambar di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Advertisement
View this post on Instagram

“Kami tiada masalah pun sebenarnya. Saya ada dengan dia pada ketika itu.”

“Saya pun tak tahu dia upload gambar itu, tapi dia rasa serba salah sebab gambar tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen. Sejujurnya memang tiada apa-apa yang berlaku antara kami,” katanya ketika dihubungi media.

Redza turut menjelaskan dia dan isteri sememangnya jarang berkongsi hal peribadi di media sosial, selain memilih untuk tidak memperbesarkan perkara tersebut.

Tambah pelakon itu, tujuan mereka ke pejabat agama hanyalah untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh, termasuk mengambil sijil nikah.

“Saya selalunya tidak suka berkongsi kisah peribadi di media sosial. Tapi seperti yang saya katakan, tiada apa-apa berlaku. Kami ke sana untuk mengambil sijil nikah kami sahaja.”

Baru Timang Cahaya Mata, Isteri Aktor Redza Rosli Hadir Ke Pejabat Agama?

“Banyak urusan yang tertangguh sebab saya sibuk dengan penggambaran. Jadi bila ada masa, kami menyelesaikan kerja-kerja kami. Tak ada apa pun,” ujarnya.

Dalam masa sama, Redza memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hubungan rumah tangganya bersama Bellah.

Terdahulu, Bellah Hanna mencuri perhatian netizen selepas memuat naik gambar dirinya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat seorang diri, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wife redza rosli2026-07-02 15:05:46

Baru Timang Cahaya Mata, Isteri Aktor Redza Rosli Hadir Ke Pejabat Agama?

The post “Saya Pun Tak Tahu Dia ‘Upload’ Gambar Tu” – Redza Rosli Buka Mulut Isu Isteri Ke Pejabat Agama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved