MARA Akan Kaji Kemungkinan Ambil Alih Operasi Penyediaan Makanan Di Dewan Selera MRSM - Asyraf

25 Nov 2026 • 6:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MARA Akan Kaji Kemungkinan Ambil Alih Operasi Penyediaan Makanan Di Dewan Selera MRSM - Asyraf

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji kemungkinan mengambil alih semula keseluruhan operasi penyediaan makanan di Dewan Selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kemungkinan itu membolehkan institusi pendidikan tersebut tidak perlu bergantung kepada kontraktor luar sebagaimana yang diamalkan ketika ini.

Kaji kemungkinan ambil alih operasi penyediaan makanan Dewan Selera MRSM

"MARA akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji secara tuntas kemungkinan mengambil alih semula keseluruhan operasi penyediaan makanan di Dewan Selera MRSM seluruh negara tanpa bergantung kepada kontraktor luar sebagaimana yang diamalkan sekarang.

"Kaedah pengurusan secara langsung oleh MARA ini pernah dilaksanakan sebelum penswastaan operasi penyediaan makanan diperkenalkan di MRSM pada era 1990-an," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, kajian tersebut perlu mengambil kira beberapa aspek utama iaitu menjamin kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan pelajar dan memastikan kecukupan nutrisi dan kuantiti makanan yang dihidangkan.

Baca juga:

Selain itu, keberkesanan pemantuan dan kawalan mutu juga perlu ditingkatkan serta menilai penjimatan kos melalui pengurusan dan perolehan secara berpusat.

Kajian terbabit juga perlu memastikan kebajikan pelajar tidak dikompromikan demi keuntungan komersial.

"Penyediaan makanan kepada anak-anak MRSM bukan semata-mata soal perniagaan, tetapi soal amanah, kebajikan dan tanggungjawab," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved